Pages

Saturday, November 27, 2010

Petua-petua dan Ciri-ciri Pelajar Cemerlang


Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
-1. kita ingat 10 % apa yang dibaca
-2. kita ingat 20% apa yang didengar
-3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
-4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
-5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan

3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.

4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
-1. pastikan cahaya adalah terang
-2. kurangkan gangguan bunyi
-3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
-4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
-5. kerusi dan meja menghadap kiblat
-6. jangan lupa untuk senyum

7. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.

8. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.

9. Tahu teknik merangsang memori:
-1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
-2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
-3. mengingat kembali (recall)
-4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)

10. Sentiasa awal dan mendahului:
-1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
-2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
-3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
-4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.

13. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.

14. Mempunyai teknik membaca yang betul:
-1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
-2. memberikan tumpuan sepanuhnya
-3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
-4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

16. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.

17. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.

18. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.


19. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.

20. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.

21. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).

22. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.

23. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.

24. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.

25. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.

26. Tahu petua mengulang kaji
-1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
-2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
-3. duduk tegak dikerusi yang selesa
-4. baca doa penerang hati
-5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
-6. fikir dan ingat kembali isi utama
-7. catat/lakar
-8. semak semula ketepatan maklumat
-9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
-10. buat rumusan
-11. jawab soalan
-12. tampal maklumat yang rumit di dinding
-13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar



28. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.

29. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
-1. jangan makan kepala ikan
-2. jangan makan organ dalaman
-3. jangan minum semasa makan
-4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
-5. jangan melihat kemaluan
-6. jangan melihat buih
-7. jangan membaca nama pada batu nisan
-8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
-9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
-10. banyakkan makan kekacang
-11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
-12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
-13. jangan kencing berdiri

31. Tahu kemahiran mengingat:
-1. tampal nota-nota penting di dinding
-2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
-3. gunakan kaedah akronim
-4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
-5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil

33. Cekap mengatur jadual belajar:
-1. mempunyai jadual belajar
-2. patuh kepada jadual
-3. buat jadual yang boleh diikuti


35. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
36. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
37. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.



38. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
39. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
40. Pelbagaikan tempat belajar.
41. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
42. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.


43. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
-1. taat kepada Allah
-2. mendirikan sembahyang
-3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
-4. hormati & sayangi guru
-5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
-6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
-7. membantu rakan yang memerlukan
-8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
-9. sentiasa bertawakal
-10. mahir dalam setiap mata pelajaran

Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat.Selamat Cemerlang!!!

Koleksi Soalan soalan Percubaan SPM 2010 Mengikut Negeri


Koleksi Soalan-soalan Percubaan SPM 2010 Mengikut Negeri

1) Sabah
http://www.ketam.pja.my/soalan-percubaan-spm-2010/soalan-percubaan-spm-2010-sabah/


2) Perak
http://edu.joshuatly.com/trial-perak-spm-2010/

Atau
http://www.ketam.pja.my/soalan-percubaan-spm-2010/soalan-percubaan-spm-2010-perak/


3) Terengganu
http://koleksisoalangelam.blogspot.com/2010/09/trial-spm-terengganu-2010.html

Atau
http://www.ketam.pja.my/soalan-percubaan-spm-2010/soalan-percubaan-spm-2010-terengganu/

Atau
http://jaarsmtd.blogspot.com/2010/08/soalan-percubaan-spm-terengganu-2010.html


4) Kelantan
http://www.ketam.pja.my/soalan-percubaan-spm-2010/soalan-percubaan-spm-2010-kelantan/

5) Kedah
http://koleksisoalangelam.blogspot.com/2010/09/trial-spm-kedah-2010.html

Atau
http://www.ketam.pja.my/soalan-percubaan-spm-2010/soalan-percubaan-spm-2010-kedah/


6) Melaka
http://koleksisoalan.blogspot.com/2010/10/trial-spm-negeri-melaka-tahun-2010.html
(Koleksi Soalan SM Sains Muzaffar Syah (MOZ@C) )
Atau
http://koleksisoalangelam.blogspot.com/2010/10/trial-spm-negeri-melaka-2010.html

Atau
http://edu.joshuatly.com/trial-melaka-spm-2010/


7) Selangor
http://edu.joshuatly.com/trial-selangor-spm-2010/


8) Perlis
http://koleksisoalangelam.blogspot.com/2010/09/trial-spm-negeri-perlis-2010.html

Atau
http://www.ketam.pja.my/soalan-percubaan-spm-2010/soalan-percubaan-spm-2010-perlis/


9) SBP
http://koleksisoalangelam.blogspot.com/2010/09/percubaan-spm-sbp-2010.html

Atau
http://www.ketam.pja.my/soalan-percubaan-spm-2010/soalan-percubaan-spm-2010-sbp/

10) Trial SPM TIMES 2010http://koleksisoalangelam.blogspot.com/2010/09/soalan-trial-spm-times-2010.html

11) Johorhttp://koleksisoalangelam.blogspot.com/2010/09/trial-spm-johor-2010.html
12) Pahang
Kertas-kertas Soalan Percubaan SPM Negeri Pahang 2010
http://www.cikgudahlia.com/2010/10/soalan-percubaan-spm-trial-spm-negeri.html
Skema Jawapan Percubaan Pahang 2010http://www.cikgudahlia.com/2010/10/skema-jawapan-soalan-percubaan-spm-2010.html

 
13) Wilayah Persekutuan KL
Soalan dan Skema Jawapanhttp://cikguadura.wordpress.com/2010/10/18/soalan-percubaan-jpwp-kuala-lumpur-2010-dengan-jawapan/


14) Soalan Percubaan MRSM 2010
Sila klik web rasmi MRSM : http://www.mara.gov.my/web/guest/percubaan2010