Pages

Tuesday, March 7, 2017

Kaedah Pembelajaran Abad ke-21



Kredit gambar : Google image


Sekadar berkongsi....
Rupanya byk lg aktiviti abad 21 ni....

KAEDAH PEMBELAJARAN ABAD ke-21

Pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) merupakan salah satu elemen yang penting dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Ramai guru berasa takut dan keliru dengan PAK-21 kerana kurang memahami konsepnya . Sebenarnya, PAK-21 menekankan pembelajaran berpusatkan murid dan berunsur kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Berikut ialah 9 contoh aktiviti dalam kelas yang boleh digunakan oleh para guru dalam bilik darjah abad ke-21.

1. Round Table
Murid duduk dalam kumpulan dan guru mengemukakan satu topik.
Secara bergilir, murid memberi dan mencatat satu idea dengan menggunakan pen dan kertas yang sama.
Hasil dapatan dirujuk dan dibentang.
Sesuai untuk murid tahap dua sekolah rendah dan murid sekolah menengah,

2. Think-Pair-Share
Guru memberikan topik dan murid berfikir sendiri dalam jangkamasa tertentu.
Masa tamat dan murid berkongsi idea bersama pasangan.
Murid seterusnya berkongsi idea dengan keseluruhan kelas.

3. Hot Seat
Aktiviti susulan selepas murid membuat bacaan dan kajian (secara individu atau kumpulan).
Seorang murid akan duduk di kerusi yang disediakan dan menjadi 'pakar'.
'Pakar' tersebut akan menjawab soalan yang dilontarkan oleh murid lain.

4. Deklamasi Sajak / Nyanyian
Murid diberi masa untuk membuat persediaan dalam kumpulan.
Guru memberi tajuk dan murid boleh mengubahsuai mengikut kreativiti dan kesesuaian.
Murid membuat persembahan di hadapan kelas.

5. Pembentangan Hasil Sendiri
Murid diberi tajuk dan membuat pembentangan untuk mempersembahkan hasil dapatan.
Murid boleh menggunakan pelbagai cara dan bahan untuk membuat pembentangan.

6. Role-Play
Murid diberi peranan dan watak.
Murid diberi masa untuk membuat persediaan.
Murid membuat persembahan dengan memainkan peranan.

7. Gallery Walk
Aktiviti selepas kajian untuk mempamerkan hasil dapatan.
Murid menampal hasil kerja di dinding untuk dilihat oleh kumpulan lain.
Murid boleh menulis komen tentang hasil kerja kumpulan lain pada sticker note dan menampalnya di atas hasil kerja tersebut.

8. Three Stray, One Stay
Kaedah alternatif pembentangan kumpulan.
Hasil kerja ditampal.
Seorang ahli kumpulan akan tinggal di situ untuk memberi penerangan.
Ahli lain boleh bergerak ke kumpulan lain untuk melihat dan menyoal hasil kumpulan lain.

9. Peta i-THINK
Menggunakan peta pemikiran sebagai alat untuk menjana idea murid.
Peta i-Think boleh digunakan sebagai alat untuk murid membuat kajian dan dipersembahkan dalam bentuk grafik.

Kredit Group Telegram PAK21





Pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 from Kementerian Pelajaran Malaysia