Festival Sains dan Teknologi Sekolah
Menengah Peringkat Daerah Johor Bahru Tahun 2014 telah berlangsung pada 26
April 2014 (Sabtu) di SMK Dato Abdul Rahman Yassin. Festival ini dianjurkan
oleh Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru membabitkan penyertaan daripada
sekolah-sekolah menengah di seluruh daerah Johor Bahru.
SMK Taman Desa Skudai pada tahun ini telah
menghantar penyertaan bagi 3 pertandingan iaitu :
(i)
Pertandingan
Amali Sains (Saintis Muda Sekolah Menengah)
(ii)
Pertandingan
Pelancaran Roket
(iii)
Pertandingan
Solar Car
Berikut adalah senarai nama peserta-peserta bagi setiap
pertandingan :
Nama
pertandingan
|
Peserta
|
Jantina
|
Bangsa
|
Kelas
|
(i)
Pertandingan Amali Sains (Saintis Muda)
|
Liyana
Hazirah Binti Anuar
|
Perempuan
|
Melayu
|
3RK2
|
Rampria
A/P Mohana Sundaram
|
Perempuan
|
India
|
3RK2
|
(ii) Pertandingan Pelancaran Roket
|
Kang
Wei Kiat
|
Lelaki
|
Cina
|
5UTM
|
Choo
Boon Ping
|
Lelaki
|
Cina
|
5UTM
|
(iii)
Pertandingan Solar
Car
|
Lee
Bin Feng
|
Lelaki
|
Cina
|
5UTM
|
Tan
Huey Shy
|
Perempuan
|
Cina
|
5UTHM
|
Khairul
Ikhwan Bin Ahmad Zaini
|
Lelaki
|
Melayu
|
5UTHM
|
Pertandingan yang diadakan dalam
Festival Sains dan Teknologi Sekolah Menengah Peringkat Daerah Johor Bahru
Tahun 2014 ini bertujuan untuk memilih pemenang atau wakil sekolah yang akan
mewakili daerah Johor Bahru untuk Festival Sains dan Teknologi Peringkat Negeri
Johor Tahun 2014.
Peserta-peserta
SMK Taman Desa Skudai telah diiringi oleh beberapa orang guru Sains iaitu Puan Kintan
Binti Mohd. Salleh bagi Pertandingan Amali Sains (Saintis Muda), Cik Mak Ngai
Yen bagi Pertandingan Pelancaran Roket, dan Puan Vickneswary A/P K. Madhaven untuk
Pertandingan Solar Car. Ketua Panitia
Sains (Menengah Atas), Puan Nordiana Binti Ahmad pula telah dilantik untuk
menjadi hakim untuk Pertandingan Amali Sains (Saintis Muda Sekolah Menengah).
Peserta-peserta yang mewakili SMK
Taman Desa Skudai dalam ketiga-tiga pertandingan pada tahun ini kurang bernasib
baik kerana gagal mendapat sebarang tempat dalam mana-mana pertandingan. Semoga
prestasi ini dapat diperbaiki pada tahun-tahun yang akan datang dengan
menyediakan pelapis-pelapis bagi setiap pertandingan yang dianjurkan.
Gambar-gambar sepanjang
Festival Sains dan Teknologi Peringkat
Daerah Johor
Bahru 2014 di SMK Dato Abdul Rahman Yassin
Peserta yang mewakili SMK Taman Desa Skudai yang mewakili sekolah dalam
Pertandingan Amali Sains (Saintis Muda).
Peserta-peserta
Pertandingan Amali Sains (Saintis Muda Sekolah Menengah) sedang menjalankan
eksperimen di lima stesen berbeza dengan dipantau oleh hakim pertandingan.
Peserta-peserta
Pertandingan Pelancaran Roket SMK Taman Desa Skudai bergambar bersama guru
pengiring, Cik Mak Ngai Yen.
Peserta
Pertandingan Pelancaran Roket SMK Taman Desa Skudai sedang bersiap sedia untuk
melancarkan roket mereka semasa Festival Sains dan Teknologi Peringkat Daerah
Johor Bahru 2014 dengan dipantau oleh hakim pertandingan.
Para peserta yang bertanding bersiap sedia untuk menguji
kelajuan kereta solar
|
masing-masing.
Deretan model-model Solar Car yang telsh siap direka oleh pasukan-pasukan daripada
sekolah-sekolah menengah Daerah Johor Bahru dalam
|
Festival Sains dan Teknologi 2014 Sekolah
Menengah Peringkat Daerah Johor Bahru
Peserta-peserta
Pertandingan Solar Car SMK Taman Desa
Skudai sedang bersiap sedia menanti giliran untuk pembentangan Powerpoint.
Beberapa model Solar cooker yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar dari
sekolah-sekolah di sekitar Johor Bahru.