Saturday, October 28, 2017

SET SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SAINS SPM KERTAS 1 2016 (GOOGLE FORM)




Para pelajar SPM 2017 boleh cuba untuk menjawab soalan-soalan latihan yang terdiri daripada Soalan-soalan Peperiksaan Percubaan SPM 2016 (Kertas 1) negeri-negeri berikut. Anda boleh gunakan sebarang peranti elektronik untuk menjawab dan adalah digalakkan untuk "screenshot" markah yang anda perolehi untuk melihat perkembangan pencapaian anda. 

Jika masih belum berpuas hati, anda boleh mengulangi semula seberapa banyak yang anda mahu. Menarik kan.... Jangan lupa, baca setiap pembetulan dengan teliti dan pastikan anda tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Berikut adalah set soalan Kertas 1 bagi Peperiksaan Percubaan SPM negeri-negeri bagi tahun 2016 :


1.  SET 1https://goo.gl/forms/kbQqGJ7J070997zF3

2.  SET 2https://goo.gl/forms/INceeNR92vDsEal52

3.  SET 3https://goo.gl/forms/QoEvOqSiLgH5Lxix1

4.  SET 4https://goo.gl/forms/zcelWgis6vyCx7qF2

5.  SET 5https://goo.gl/forms/Bzdj85DlQy5jPR2J2

6.  SET 6https://goo.gl/forms/jGubsKae6LPk7bSX2

7.  SET 7https://goo.gl/forms/HpAjWJEPrp4IykOz2

8.  SET 8https://goo.gl/forms/EWp3MSKyeoXya3j82

9.  SET 9https://goo.gl/forms/95nVzUZiuS2oUAY02

10.  SET 10https://goo.gl/forms/RZqUDdCAHPj23z0g1


  • Kredit buat dua orang guru Sains yang sangat berdedikasi. Mereka berdua telah berkolaborasi untuk menghasilkan 10 SET SOALAN LATIH TUBI ini untuk dimanfaatkan oleh guru dan juga para pelajar. Berikut adalah nama guru tersebut :

       1. CIKGU ABD RAHMAN BIN ALI BASHAH
           ➡️ dari SMK JENJAROM SELANGOR


      2. CIKGU MOHD SOBRIE BIN LAMUDIN
          ➡️ dari SMK TONGOD SABAH


Pelajar-pelajar boleh menjawab secara online dan boleh mengetahui markah masing-masing serta mengetahui pembetulan untuk soalan-soalan yang salah.

Selamat mengulangkaji pelajaran. 
Semoga berjaya! 


Tahniah buat anak-anak muridku yang sudah menjawab.. Semoga kalian semua berjaya dengan cemerlang dalam Peperiksaan SPM 2017..



















Bagi rakan-rakan guru yang belum pernah mencuba latih tubi menggunakan Google Form, bolehlah cuba buat dan belajar. Pelajar boleh ulang seberapa banyak yang mereka mahu dan menjawab soalan latihan ini. Bukan itu sahaja, mereka juga akan dapat pembetulannya secara terus... Guru hanya memantau pencapaian mereka (dengan cara meminta pelajar "screenshot" markah mereka) untuk tujuan perekodan.

Semoga perkongsian entri ini memberi manfaat untuk semua.


***********************************************

***** Klik link berikut untuk TIPS MENGHAFAL SAINS (TERKINI)!!! ******



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang

 
 
Blogger Templates