Sunday, November 23, 2014

Kelas Pecutan Akhir Sains SPM 2014 (17 - 19 November 2014)

Kelas Pecutan Akhir Sains SPM 2014

Guru terlibat : 
1. Puan Nordiana Binti Ahmad 
2. Puan Siti Asma Binti Abd. Nasir

Tarikh : 17 November 2014 (Isnin)
Masa : 10.30 - 12.30 tengah hari
Tempat : Makmal Bahasa






 Tarikh : 18 November 2014 (Selasa)
Masa : 10.30 - 12.30 tengah hari
Tempat : Makmal Bahasa






Tarikh : 19 November 2014 (Rabu)
Masa : 10.30 - 12.30 tengah hari
Tempat : Makmal Bahasa







Semoga semua calon SPM SMK Taman Desa Skudai 2014 yang menduduki peperiksaan Sains SPM akan memperoleh kejayaan yang cemerlang di dalam subjek Sains dan lain-lain mata pelajaran.






Kredit gambar di SINI

Wednesday, November 5, 2014

Ucapan Buat Semua Calon SPM 2014


Selamat menduduki peperiksaan SPM 2014 
kepada semua calon!





Sunday, May 25, 2014

LAPORAN FESTIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2014

           Festival Sains dan Teknologi Sekolah Menengah Peringkat Daerah Johor Bahru Tahun 2014 telah berlangsung pada 26 April 2014 (Sabtu) di SMK Dato Abdul Rahman Yassin. Festival ini dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru membabitkan penyertaan daripada sekolah-sekolah menengah di seluruh daerah Johor Bahru.

SMK Taman Desa Skudai pada tahun ini telah menghantar penyertaan bagi 3 pertandingan iaitu :

(i)                 Pertandingan Amali Sains (Saintis Muda Sekolah Menengah)

(ii)               Pertandingan Pelancaran Roket

(iii)             Pertandingan Solar Car


Berikut adalah senarai nama peserta-peserta bagi setiap pertandingan :

Nama pertandingan
Peserta
Jantina
Bangsa
Kelas
(i)              Pertandingan Amali Sains (Saintis Muda)
Liyana Hazirah Binti Anuar
Perempuan
Melayu
3RK2
Rampria A/P Mohana Sundaram
Perempuan
India
3RK2
(ii)       Pertandingan Pelancaran Roket
Kang Wei Kiat
Lelaki
Cina
5UTM
Choo Boon Ping
Lelaki
Cina
5UTM
(iii)          Pertandingan Solar Car
Lee Bin Feng
Lelaki
Cina
5UTM
Tan Huey Shy
Perempuan
Cina
5UTHM
Khairul Ikhwan Bin Ahmad Zaini
Lelaki
Melayu
5UTHM

Pertandingan yang diadakan dalam Festival Sains dan Teknologi Sekolah Menengah Peringkat Daerah Johor Bahru Tahun 2014 ini bertujuan untuk memilih pemenang atau wakil sekolah yang akan mewakili daerah Johor Bahru untuk Festival Sains dan Teknologi Peringkat Negeri Johor Tahun 2014.

            Peserta-peserta SMK Taman Desa Skudai telah diiringi oleh beberapa orang guru Sains iaitu Puan Kintan Binti Mohd. Salleh bagi Pertandingan Amali Sains (Saintis Muda), Cik Mak Ngai Yen bagi Pertandingan Pelancaran Roket, dan Puan Vickneswary A/P K. Madhaven untuk Pertandingan Solar Car. Ketua Panitia Sains (Menengah Atas), Puan Nordiana Binti Ahmad pula telah dilantik untuk menjadi hakim untuk Pertandingan Amali Sains (Saintis Muda Sekolah Menengah).

            Peserta-peserta yang mewakili SMK Taman Desa Skudai dalam ketiga-tiga pertandingan pada tahun ini kurang bernasib baik kerana gagal mendapat sebarang tempat dalam mana-mana pertandingan. Semoga prestasi ini dapat diperbaiki pada tahun-tahun yang akan datang dengan menyediakan pelapis-pelapis bagi setiap pertandingan yang dianjurkan.


Gambar-gambar sepanjang Festival Sains dan Teknologi Peringkat

Daerah Johor Bahru 2014 di SMK Dato Abdul Rahman Yassin




Peserta yang mewakili SMK Taman Desa Skudai yang mewakili sekolah dalam
Pertandingan Amali Sains (Saintis Muda).




Peserta-peserta Pertandingan Amali Sains (Saintis Muda Sekolah Menengah) sedang menjalankan eksperimen di lima stesen berbeza dengan dipantau oleh hakim pertandingan.

 Peserta-peserta Pertandingan Pelancaran Roket SMK Taman Desa Skudai bergambar bersama guru pengiring, Cik Mak Ngai Yen.

Peserta Pertandingan Pelancaran Roket SMK Taman Desa Skudai sedang bersiap sedia untuk melancarkan roket mereka semasa Festival Sains dan Teknologi Peringkat Daerah Johor Bahru 2014 dengan dipantau oleh hakim pertandingan.


Para peserta yang bertanding bersiap sedia untuk menguji kelajuan kereta solar
masing-masing.



Deretan model-model Solar Car yang telsh siap direka oleh pasukan-pasukan daripada sekolah-sekolah menengah Daerah Johor Bahru dalam
Festival Sains dan Teknologi 2014 Sekolah Menengah Peringkat Daerah Johor Bahru



Peserta-peserta Pertandingan Solar Car SMK Taman Desa Skudai sedang bersiap sedia menanti giliran untuk pembentangan Powerpoint.




Beberapa model Solar cooker yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar dari
sekolah-sekolah di sekitar Johor Bahru.

Thursday, March 20, 2014

MUAT TURUN MODUL SOLAF SPM 2014



Untuk memuat turun modul bagi subjek berikut :
SAINS, BIOLOGI, KIMIA, FIZIK, MATEMATIK, MATEMATIK TAMBAHAN

Anda boleh memuat turun MODUL SOLAF SPM 2014 di link berikut :


Kredit link :  Blog Sekolahku Syurgaku


Sunday, March 9, 2014

Nota dan Panduan VLE Frog

 
 
Nota dan Panduan VLE Frog yang dikongsikan oleh Puan Roaimah Basri boleh dirujuk link berikut :
 

Saturday, February 15, 2014

Bahan Powerpoint Guru Cemerlang Biologi - Cikgu Shima (Sekolah Seri Puteri)


Untuk muat turun bahan p&p subjek Biologi yang kongsi oleh Cikgu Shima (Guru Cemerlang Biologi, Sekolah Sri Puteri), sila klik link berikut :


[Entri berjadual]


Monday, February 10, 2014

Monday, January 13, 2014

Monday, January 6, 2014

Thursday, January 2, 2014

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang

 
 
Blogger Templates