Sunday, February 26, 2017

PdPc Sains : Aktiviti Berkumpulan - Melengkapkan Peta i-THINK 5UKM (23 Feb 2017)


Bahan2 untuk aktiviti kumpulan melengkapkan peta i-THINK




Set jawapan bagi setiap kumpulan.




Peta i-THINK dan gam



Penerangan Aktiviti

Pusingan 1
1. Para pelajar dipecahkan kepada 4/5 kumpulan.
2. Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan set jawapan dan peta i-THINK (Peta Pelbagai Alir) serta gam.
3. Mereka perlu melekatkan jawapan pada peta i-THINK yang disediakan.
4. Kumpulan yang berjaya menjawab dengan betul dan pantas akan dinobatkan sebagai pemenang dan diberikan ganjaran.

Pusingan 2
1. Para pelajar dipecahkan kepada 4/5 kumpulan.
2. Setiap kumpulan perlu melengkapkan peta i-THINK (Peta Pelbagai Alir) tanpa diberikan sebarang jawapan.
3. Setiap kumpulan perlu berbincang sesama ahli kumpulan.
4. Kumpulan yang berjaya menjawab dengan betul dan pantas akan dinobatkan sebagai pemenang dan diberikan ganjaran.


Pelajar-pelajar kelas 5UKM sedang menyiapkan tugasan berkumpulan bersama ahli kumpulan masing-masing.

Pusingan 1









Pusingan 2






Tahniah buat anak-anak 5UKM 2017 kerana begitu bersemangat menyiapkan tugasan berkumpulan.





PdPc Sains 5UM- Teka Silang kata (22 Feb 2017)


Aktiviti Kumpulan menjawab soalan teka silang kata (crossword puzzle)



Untuk membina teka silang kata, rakan guru boleh melayari laman web berikut :


https://worksheets.theteacherscorner.net/make-your-own/crossword/

Klik di SINI





Thursday, February 16, 2017

Kerja Berkumpulan : Membina Gambar Rajah Kitar Nitrogen

Bahan-bahan untuk kerja kumpulan melukis gambar rajah "Kitar Nitrogen"

1. Guru mencetak bahan yang melibatkan tajuk Kitar Nitrogen untuk  4 atau 5 kumpulan bagi setiap kelas.


 2. Setiap satu bahan digunting dan diasingkan mengikut kumpulan (dibezakan berdasarkan warna).



3. Bahan-bahan untuk aktiviti kumpulan.



Setiap kumpulan akan menerima sehelai kertas mahjong, gam, marker pen pelbagai warna dan highlighter.





Berikut adalah contoh-contoh aktiviti berkumpualan dan hasil kerja kumpulan yang berjaya dihasilkan oleh pelajar-pelajar Tingkatan 5, SMK Taman Desa Skudai.

Kelas 5UPSI 2017


















Kelas 5UM 2017





















Kelas 5UKM 2017 





















Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk rakan-rakan guru.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang

 
 
Blogger Templates