Saturday, January 21, 2017

Aktiviti Berkumpulan Kelas 5UKM, 5UPSI dan 5UM 2017

Untuk merujuk entri persediaan BBM ini , boleh klik di SINI




Kelas 5UKM







Kelas 5UPSI








Kelas 5UM









Contoh jawapan pelajar




Persediaan BBM untuk Bab 1 Sains Tingkatan 5

Perkongsian BBM yang saya gunakan di dalam kelas untuk mengukuhkan pemahaman pelajar dalam Bab 1 Mikroorganisma




1) Set Soalan Latihan Bab 1 Mikroorganisma





Cara penggunaan :

1. Setiap kumpulan perlu bekerjasama menamakan setiap mikroorganisma yang diberikan di dalam kertas edaran dengan ejaan yang betul dan mengelaskannya mengikut kumpulan yang betul.
2. Kumpulan yang berjaya menyiapkan dengan segera dan memperoleh markah tertinggi dinobatkan sebagai pemenang.



2) Bahan Untuk Aktiviti Kumpulan (PAK21)




Hasil BBM yang telah siap.



Berikut adalah langkah-langkah untuk menghasilkan BBM ini untuk panduan guru :


Langkah 1 : Gambar-gambar mikroorganisma di'print' untuk 3 kumpulan berbeza. Gambar-gambar yang telah siap di'print' digunting satu per satu dan dilekatkan di atas kertas berwarna.



Langkah 2 : Langkah seterusnya ialah gambar-gambar perlu di'laminate'.





Hasil yang telah siap di"laminate"






Langkah 3 : Langkah terakhir, setiap gambar perlu digunting satu per satu dan diasingkan kepada
3 kumpulan. Setiap kumpulan dilabelkan pada beg plastik.



Cadangan Aktiviti yang boleh dibuat menggunakan BBM ini ialah :


1)  Meminta setiap kumpulan mengasingkan gambar-gambar mikroorganisma mengikut kumpulan yang betul. Gambar-gambar hendaklah disusun di atas kad manila.


Contoh jawapan pelajar.


2) Guru memilih 3 gambar secara rawak dan meminta pelajar menyenaraikan kesemua penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma tersebut.


3) Seterusnya, guru juga boleh memilih mana-mana 5 keping gambar, dan meminta setiap kumpulan menamakan mikroorganisma tersebut.



3) Set Soalan Melibatkan Tajuk "Kegunaan Mikroorganisma"


Setiap gambar di"laminate" dan kemudian guru boleh memanggil pelajar secara rawak untuk sesi soal jawab secara mikroorganisma apakah yang digunakan untuk menghasilkan produk tersebut.


4) Set Soalan Objektif berformat SPM




Guru memberikan set soalan objektif yang mengandungi 15 soalan objektif berformat SPM dan meminta para pelajar menjawab secara berkumpulan dan menuliskan jawapan di atas kertas kajang yang disediakan.




Semoga perkongsian ini dapat memberikan idea buat rakan-rakan guru lain.
Penggunaan BBM dan pelaksanaan aktiviti kumpulan dapat menggalakkan semangat kerjasama, sifat ingin tahu dan berani mencuba di kalangan pelajar.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang

 
 
Blogger Templates