Saturday, November 27, 2010

Petua-petua dan Ciri-ciri Pelajar Cemerlang


Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
-1. kita ingat 10 % apa yang dibaca
-2. kita ingat 20% apa yang didengar
-3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
-4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
-5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan

3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.

4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
-1. pastikan cahaya adalah terang
-2. kurangkan gangguan bunyi
-3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
-4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
-5. kerusi dan meja menghadap kiblat
-6. jangan lupa untuk senyum

7. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.

8. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.

9. Tahu teknik merangsang memori:
-1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
-2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
-3. mengingat kembali (recall)
-4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)

10. Sentiasa awal dan mendahului:
-1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
-2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
-3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
-4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.

13. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.

14. Mempunyai teknik membaca yang betul:
-1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
-2. memberikan tumpuan sepanuhnya
-3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
-4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

16. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.

17. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.

18. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.


19. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.

20. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.

21. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).

22. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.

23. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.

24. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.

25. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.

26. Tahu petua mengulang kaji
-1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
-2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
-3. duduk tegak dikerusi yang selesa
-4. baca doa penerang hati
-5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
-6. fikir dan ingat kembali isi utama
-7. catat/lakar
-8. semak semula ketepatan maklumat
-9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
-10. buat rumusan
-11. jawab soalan
-12. tampal maklumat yang rumit di dinding
-13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar



28. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.

29. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
-1. jangan makan kepala ikan
-2. jangan makan organ dalaman
-3. jangan minum semasa makan
-4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
-5. jangan melihat kemaluan
-6. jangan melihat buih
-7. jangan membaca nama pada batu nisan
-8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
-9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
-10. banyakkan makan kekacang
-11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
-12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
-13. jangan kencing berdiri

31. Tahu kemahiran mengingat:
-1. tampal nota-nota penting di dinding
-2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
-3. gunakan kaedah akronim
-4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
-5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil

33. Cekap mengatur jadual belajar:
-1. mempunyai jadual belajar
-2. patuh kepada jadual
-3. buat jadual yang boleh diikuti


35. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
36. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
37. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.



38. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
39. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
40. Pelbagaikan tempat belajar.
41. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
42. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.


43. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
-1. taat kepada Allah
-2. mendirikan sembahyang
-3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
-4. hormati & sayangi guru
-5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
-6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
-7. membantu rakan yang memerlukan
-8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
-9. sentiasa bertawakal
-10. mahir dalam setiap mata pelajaran

Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat.Selamat Cemerlang!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang

Labels

Aktiviti Berkumpulan (5) Alpha Decay (1) Analisa Kertas 2 SPM Sains. Analisa Kertas 2 Percubaan SPM 2011 (1) Analisa Percubaan Sains PMR 2011 (1) Anugerah Inovasi Negara 2011 (1) Atomic Structure (1) Background template (1) Bank Soalan (9) BBM (1) Bengkel Teknik Menjawab (11) Berita (1) Beta Decay (1) Biology (9) Blog Guru (14) Body Coordination (8) Brain (1) Carbon Compound (6) Carbon Cycle (1) Career (1) Cell Division (2) Chapter 1 Form 4 (4) Chapter 1 Form 5 (11) Chapter 2 Form 4 (13) Chapter 2 Form 5 (12) Chapter 3 Form 4 (3) Chapter 3 Form 5 (16) Chapter 4 Form 4 (6) chapter 4 Form 5 (7) Chapter 5 Form 4 (2) Chapter 5 Form 5 (13) Chapter 6 Form 4 (10) Chapter 6 Form 5 (2) Chapter 7 Form 4 (6) Chapter 7 Form 5 (2) Chapter 8 Form 5 (2) Chemistry (14) Concave Lens (1) Convex Lens (2) Crossword (1) Cuti Umum 2011 (1) Dipersion of Light (1) Disease (1) Doa (4) Download (2) e-Learning (4) Ecosystem (1) Eksperimen (2) Electromagnetic Wave Spectrum (1) Electronic and Information and Communication System (1) Endocrine System (2) Exercise (2) Experiment (5) Festival Sains dan Teknologi (1) Food Chain (1) Food Technology and Production (1) Food Web (1) Format Kajian Tindakan (1) Forum (1) Four Stroke Engine (1) Galeri 2009 (2) Galeri 2010 (4) Galeri 2011 (2) Galeri 2012 (1) Galeri 2014 (1) Galeri 2016 (9) Gambar pelajar (10) Gamma Decay (1) General knowledge (1) Hari Raya Aidilfitri (2) Hormones (1) HOTS (1) HSP Form 4 (1) HSP Form 5 (1) Huraian Sukatan Pelajaran (2) Hydraulic System (3) I-THINK (3) Idea Pdp Sains (1) Inersia (2) Inertia (5) Isotopes (1) iTTV Education Channel (2) Jadual Peperiksaan (3) Jadual Peperiksaan Percubaan SPM (2) Jadual Peperiksaan SPM 2010 (2) Jadual Peperiksaan SPM 2012 (1) Jadual Peperiksaan SPM 2013 (1) Jadual SPM 2011 (1) JUJ SPM 2010 (1) JUJ SPM 2014 (1) Kajian Tindakan (2) Kalendar Persekolahan (1) Kata-kata Hikmat (2) KBAT (1) Kelas Abad Ke-21 (3) Keputusan PMR 2010 (1) Keywords Pengunjung Blog (1) Klinik Sains (1) Koleksi Modul JUJ SPM (3) Koleksi Percubaan Sains SPM 2011 (4) Koleksi Percubaan Sains SPM 2012 (3) Koleksi Percubaan Sains SPM 2013 (2) Koleksi Percubaan Sains SPM 2014 (1) Koleksi Percubaan SPM 2012 (3) Koleksi Percubaan SPM 2013 (3) Koleksi Soalan Percubaan PMR (4) Koleksi Soalan Percubaan PMR 2011 (7) Koleksi Soalan Percubaan PMR 2012 (3) Koleksi Soalan Percubaan Sains PMR 2011 (4) Koleksi Soalan Percubaan Sains PMR 2012 (2) Koleksi Soalan Percubaan Sains SPM 2010 (6) Koleksi Soalan SPM (2) Koleksi Soalan Ting 4 dan 5 (1) KSSR (1) Latex (1) Latih Tubi PMR (2) LDP 2010 (1) Lesson Study (1) Macronutrient (1) MajalahSains.com (1) Makmal (2) Meiosis (3) Microorganisms (4) Minggu Bulan Kemerdekaan (1) Minggu Sains dan Matematik (2) Mitosis (3) Modul (16) Modul Kecemerlangan Akademik T'ganu (1) Modul Kendiri Ting. 4 (1) Modul Kendiri Ting. 5 (1) Modul Latih Tubi (5) Modul MAS 2007 (1) Modul PMR (1) Modul Sains PMR Dwibahasa 2010 (1) Modul Sains SPM 2009 (1) Modul Sains Ting 4 dan 5 (3) MODUL SOLAF 2014 (1) Modul SPM afterschool 2014 (1) Module Science Form 1 (1) Module Science Form 2 (1) Module Science Form 3 (1) Module Science PMR (6) Module Science SPM (5) Molecules (1) Motion (3) Motivasi (2) Ms Office (1) Muat Turun (53) Muat Turun PLAN-J (2) My Student (19) Nervous System (3) Nitrogen Cycle (2) NKRA (1) Nota PMR (1) Notes (40) Nuclear Energy (2) Nuclear Reaction (1) Nuclear Reactor (1) Nutrition (7) Ozone (1) PAK21 (1) Panduan Pembacaan Buku LDP (1) Pascal Principle (2) Pdp Alaf 21 (11) Peer Coaching (1) Pemanasan Global (1) Penilaian Kurikulum (2) Periodic Table (4) Perkongsian Ilmu (1) Peta Pemikiran i-THINK (3) Petrol Engine (1) Petua dan Ciri Pelajar Cemerlang (1) Photosynthesis (1) Physics (13) PLAN-J (2) PLC (1) Portal eGuru (1) Portal Rasmi SPA JPN Pahang (1) Post Mortem SPM 2010 (1) Prep (1) Preservation and Conservation on The Environment (2) Primary and Secondary Colours (1) Proposal Kajian Tindakan (1) PT3 (1) Quote (3) Radioactive (2) Radioactive Decay (1) Radioactive Radiations (3) Radiocarbon Dating (1) Respiration in Plant (1) RPT Sekolah Menengah (1) Rubber (1) Salam Maulidurrasul (1) SBT (1) Science Form 3 (17) Science Form 4 (45) Science Form 5 (48) Science SPM (11) ScientificInvestigation (1) Semakan Keputusan Urusan Kenaikan Pangkat Secara Online (1) Semakan Tawaran Matrikulasi (1) Semakan Tawaran Ting. 1 KRK dan KAA JB 2011 (1) Seminar SPM Sains Kertas 2 (1) Set Soalan SOLAF SPM 2011 (1) SKPM (1) Soalan Ramalan Sains PMR 2011 (1) Soalan Ramalan SPM 2011 (1) Soalan Target SPM 2011 (1) Soap (4) SPM Mid Year 2008 (1) Statistik Pengunjung Blog (6) Study Tips (5) Sukatan Pelajaran (2) Synthetic Materials in Industry (1) Takwim 2010 (2) Takwim 2011 (2) Tazkirah (1) Teknik Menjawab PMR (1) Teknik Menjawab SPM (22) Times SPM (1) Tips Menghafal (2) Tips Menjawab Kertas 2 (3) Tips PMR (1) Tips PT3 (1) Tips SPM (9) Transpiration in Plant (1) Trial PMR 2010 (1) Trial PMR 2011 (2) Trial SPM 2008 (5) Trial SPM 2009 (6) Trial SPM 2010 (4) Trial SPM 2011 (1) Trial SPM 2014 (5) Trial SPM 2016 (1) Tuisyen Hikmah (1) Tutorial (2) Tutorial Muat turun Bahan (3) Two Stroke Engine (1) Ucapan (21) Ucapan Hari Guru (2) Utusan (1) Video (39) VLE Frog (1) Water Cycle (2) Website (18) Weekly Lesson Plan Science Form 5 2011 (1) Weekly Lesson Plan Science Form 5 2012 (1) Wishes (7)
 

Blog-blog Pilihan

 
Blogger Templates