Saturday, September 10, 2011

Tips-Tips Untuk Kertas 2 Sains SPM

Terdapat 3 bahagian dalam kertas 2:


Bahagian A (4 soalan struktur berorientasikan eksperimen)
Bahagian B (5 soalan struktur berorientasikan teori)
Bahagian C (3 soalan esei)

BAHAGIAN A:

Obervation - jawapan boleh didapati terus daripada gambar rajah atau jadual yang disediakan.
Manipulated Variables - lihat apakah yang berbeza pada gambar rajah yang disediakan atau jika pada jadual, kenalpasti ruang yang berada di sebelah kiri.
Responding Variables - perhatikan apakah yang berubah atau hasil di akhir eksperimen. Jika terdapat jadual, ruang yang berada di sebelah kanan sekali itu adalah responding variables.

Constant Variables - kenalpasti alat radas atau bahan-bahan yang sama sepanjang eksperimen dijalankan.

Aim (objektif) - biasanya bermula dengan ayat 'To study.....' atau 'To investigate...'

Graph - kalau dalam soalan tulis 'draw a graph...' maksudnya anda kena lukis graf yang biasa (sambungkan titik ke titik).
-Kalau 'draw a bar chart...' maksudnya anda kena lukis graf bar (kotak) yang berjauhan antara satu sama lain.
-Kalau 'draw a histogram...' maksudnya anda kena lukis graf bar (kotak) yang rapat antara satu sama lain.

Relationship - Gunakan semula ayat daripada soalan. Contohnya, 'What is the relationship between the height of the seedling and time?' Jawapannya, 'When the time increases, the height of the seedling increases/decreases (bergantung kepada graf)'

BAHAGIAN B:

Untuk bahagian ini, biasanya ditanya tentang Function, State, Method, Name, Effect.

BAHAGIAN C:

Wajib jawab soalan 10 (merancang eksperimen) dan salah satu daripada soalan 11 atau 12.
Soalan 10 biasanya diberi tentang satu pernyataan (statement) dan anda perlu menulis:

(i) Hipotesis - Kaitkan antara manipulated variable dan responding variable.

(ii) Aim - Mulakan dengan ayat 'To study...' dan salin daripada pernyataan yang diberikan.

(iii) Variables - kena tulis ketiga-tiga variables.

(iv) Apparatus and materials - kenal pasti semua alat radas dan bahan yang digunakan.

(v) Procedure - Digalakkan melukis gambar rajah berlabel sebab ia boleh membantu mendapatkan markah.

(vi) Data - Buat jadual yang mengandungi Manipulated variable (ruang sebelah kiri jadual) dan Responding variable (ruang sebelah kanan jadual). Ingat! Jangan isikan ruangan hasil eksperimen.

Sumber ini diperoleh daripada blog http://mudahbelajarsains.blogspot.com/2009/11/tips-tips-untuk-kertas-2-sains-spm.html

3 comments:

Hamizah Roslan said...

Mohon save ye cikgu. Tq. 😊😊😊

Ma Rufier said...

Asalam, cikgu yg graf tu kan kena start dari titik kosong ke?

Cikgu Diana said...

Ma Rufier : Tak semestinya.. Bergantung pada soalan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang

 
 
Blogger Templates