Friday, June 5, 2020

Bengkel Teknik Menjawab Sains Teras SPM Bersama Guru Cemerlang, Tuan Hj Hamzah (20 Julai 2019)



Nama Program : Bengkel Teknik Menjawab Sains Teras SPM Bersama Guru Cemerlang, Tuan Hj Hamzah 
Tarikh : 20 Julai 2019 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan Perdana PIBG, SMK Bandar Baru Uda, Johor Bahru
Penganjur : Panitia Sains SMK Bandar Baru Uda, Johor Bahru


Mengimbau sekali lagi dengan program tahun lepas di mana berpeluang berguru sekali dengan guru hebat iaitu Tuan Haji Hamzah Bin Othman. Terima kasih di atas jemput Cikgu Nurulhasanah daripada SMK Bandar Baru Uda kerana telah sudi menjemput Cikgu Diana bersama 5 orang anak murid daripada kelas 5UKM 2019 untuk menghadiri Bengkel Teknik Menjawab Sains Teras SPM. 

Bengkel ini telah diadakan di Dewan Perdana PIBG SMK Bandar Baru Uda. Penceramah kali merupakan seorang guru Sains yang cukup berpengalaman berasal daripada negeri Terengganu iaitu Tuan Haji Hamzah Bin Othman. Untuk pengetahuan semua, Tuan Hj Hamzah telahpun bersara daripada perkhidmatan awam namun beliau masih aktif menyampaikan ceramah PT3 dan SPM dan menyebarkan ilmu di merata sekolah seluruh Malaysia.






Inilah Modul AYAM-T yang digunakan sepanjang bengkel. 
Modul ini ditulis sendiri oleh Tuan Haji Hamzah Bin Othman.




Bengkel dimulakan dengan bacaan doa.


Sesi menjawab soalan kuiz.









4 orang wakil daripada SMK Taman Desa Skudai.



 Guru idola yang tidak lokek berkongsi ilmu kepada kami dan memberi



4 orang calon SPM kelas 5UKM 2019 bergambar kenangan bersama penceramah, 
Tuan Haji Hamzah Bin Othman.



Cenderahati daripada pihak penganjur disampaikan kepada penceramah.



Besar jasa Cikgu Nurulhasanah kerana sudi menjemput wakil sekolah kami.



Bergambar kenangan bersama teman sejawat, Cikgu Zaleha daripada SMK Dato Jaafar dan 
Tuan Hj Hamzah




Pembakar semangat buat calon-calon SPM yang hadir.




Calon-calon SPM yang majoritinya daripada SMK Bandar Baru Uda (penganjur program) dan 4 orang wakil daripada sekolah jemputan iaitu SMK Taman Desa Skudai dan SMK Dato Jaafar.



*********************************************************************



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog ini.

Saya ingin memohon jasa baik semua pengunjung untuk subscribe Channel Youtube Cikgu Diana bagi memenuhi tugasan saya di dalam Akademi Youtuber.

Terima kasih atas sokongan anda.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang

 
 
Blogger Templates