Wednesday, November 15, 2017

Perkongsian Bengkel Sains IBSE oleh Cikgu Norhailmi (11 Nov 2017)



Perkongsian Bengkel Sains IBSE oleh Cikgu Norhailmi
semasa Kolokium Pendidikan STEM Zon Selatan 2017 di UTHM, Batu Pahat, Johor pada 11 November 2017 (Sabtu).






Semasa sesi bengkel IBSE ini, guru dipecahkan kepada beberapa kump. Setiap kumpulan, diberikan bahan-bahan seperti di dalam gambar di atas (pasir, tanah loam, habuk kayu, kapas, batu kerikil, botol plastik, sampel air yang keruh, kertas mahjong, dan marker pen pelbagai warna).





Model penapis air kumpulan kami.





 Setiap kumpulan perlu membina penapis air dan mengkaji faktor yg mempengaruhi kejernihan air yg ditapis dan menulis Hasil dapatan mereka pada kertas mahjong yang telah disediakan.





Setelah siap, 2 orang wakil daripada setiap kumpulan bertindak untuk menerangkan hasil dapatan mereka. (3 stray 1 stay). Ahli-ahli kumpulan yang lain memberikan komen dan mengemukakan soalan kepada kumpulan-kumpulan yang ada.




Saya bersama ahli kumpulan yang lain bergambar kenangan bersama Cikgu Norhailmi.




Sesi bengkel dan perkongsian ilmiah oleh pembentang Cikgu Norhailmi.


Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat rakan-rakan untuk mendapat gambaran bagaimana PdPc subjek Sains dapat dijalankan di dalam bilik darjah.


Berikut adalah beberapa video semasa bengkel diadakan :







***** Klik link berikut untuk TIPS MENGHAFAL SAINS (TERKINI)!!! ******




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang

 
 
Blogger Templates