Friday, June 5, 2020

Bengkel Teknik Menjawab Sains Teras SPM Bersama Guru Cemerlang, Tuan Hj Hamzah (20 Julai 2019)



Nama Program : Bengkel Teknik Menjawab Sains Teras SPM Bersama Guru Cemerlang, Tuan Hj Hamzah 
Tarikh : 20 Julai 2019 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan Perdana PIBG, SMK Bandar Baru Uda, Johor Bahru
Penganjur : Panitia Sains SMK Bandar Baru Uda, Johor Bahru


Mengimbau sekali lagi dengan program tahun lepas di mana berpeluang berguru sekali dengan guru hebat iaitu Tuan Haji Hamzah Bin Othman. Terima kasih di atas jemput Cikgu Nurulhasanah daripada SMK Bandar Baru Uda kerana telah sudi menjemput Cikgu Diana bersama 5 orang anak murid daripada kelas 5UKM 2019 untuk menghadiri Bengkel Teknik Menjawab Sains Teras SPM. 

Bengkel ini telah diadakan di Dewan Perdana PIBG SMK Bandar Baru Uda. Penceramah kali merupakan seorang guru Sains yang cukup berpengalaman berasal daripada negeri Terengganu iaitu Tuan Haji Hamzah Bin Othman. Untuk pengetahuan semua, Tuan Hj Hamzah telahpun bersara daripada perkhidmatan awam namun beliau masih aktif menyampaikan ceramah PT3 dan SPM dan menyebarkan ilmu di merata sekolah seluruh Malaysia.






Inilah Modul AYAM-T yang digunakan sepanjang bengkel. 
Modul ini ditulis sendiri oleh Tuan Haji Hamzah Bin Othman.




Bengkel dimulakan dengan bacaan doa.


Sesi menjawab soalan kuiz.









4 orang wakil daripada SMK Taman Desa Skudai.



 Guru idola yang tidak lokek berkongsi ilmu kepada kami dan memberi



4 orang calon SPM kelas 5UKM 2019 bergambar kenangan bersama penceramah, 
Tuan Haji Hamzah Bin Othman.



Cenderahati daripada pihak penganjur disampaikan kepada penceramah.



Besar jasa Cikgu Nurulhasanah kerana sudi menjemput wakil sekolah kami.



Bergambar kenangan bersama teman sejawat, Cikgu Zaleha daripada SMK Dato Jaafar dan 
Tuan Hj Hamzah




Pembakar semangat buat calon-calon SPM yang hadir.




Calon-calon SPM yang majoritinya daripada SMK Bandar Baru Uda (penganjur program) dan 4 orang wakil daripada sekolah jemputan iaitu SMK Taman Desa Skudai dan SMK Dato Jaafar.



*********************************************************************



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog ini.

Saya ingin memohon jasa baik semua pengunjung untuk subscribe Channel Youtube Cikgu Diana bagi memenuhi tugasan saya di dalam Akademi Youtuber.

Terima kasih atas sokongan anda.





Wednesday, June 3, 2020

Menimba Ilmu di Seminar "JOHOR CLASSROOM & APPS FOR EDUCATION (CAFE) 2019 SUMMIT"



Tempat : BTPN Johor 
Tarikh : 25 - 26 November 2019 (Isnin-Selasa)

Mengimbau kenangan pada tahun lepas di mana berkesempatan menimba ilmu di Seminar JOHOR CLASSROOM & APPS FOR EDUCATION (CAFE) 2019 SUMMIT. Seminar ini berkaitan Aplikasi Teknologi Pendidikan seperti Google Classroom, GSuite for Education, Wakelet dan Flipgrid telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada tarikh 25 dan 26 November 2019 di BTPN Johor. 

Sesuatu yang membanggakan ialah seminar ini bukan sahaja telah berjaya mengumpulkan guru-guru dari seluruh Malaysia, malah ada juga guru daripada negara jiran iaitu Singapura dan jumlah peserta dianggarkan lebih kurang 140 orang. 

Pada hari pertama, para peserta berpeluang mendengar ucaptama daripada Tuan Haji Azman bin Adnan, Mantan Pengarah Pendidikan Negeri Johor yang bertajuk "Pendidikan Holistik : Mengoptimumkan dan Memaksimumkan Pendidikan Digital".

Peserta yang hadir berpeluang mengikuti slot perkongsian ilmu yang telah disampaikan oleh barisan Adiwira ICT Johor seperti Google Certified Innovators, Trainer, Educator dan Microsoft Innovative Educator Experts dan ternyata peluang keemasan ini membolehkan para peserta mendalami aplikasi yang dapat membantu semasa proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) serta Pengurusan dan Pentadbiran (PdT). Sememangnya kesemua peserta yang hadir berpeluang memanfaatkan ilmu Teknologi Pendidikan dengan bimbingan daripada JU yang mahir dan terlatih.

Hari Pertama












Photobooth CAFE 2019



Sesi pendaftaran. Kebetulan rakan sejawat Cikgu Aishah turut hadir. Untuk pengetahuan semua, kami mendaftar secara berasingan dan sama sekali tidak menyangka akan bertemu di sini.








Slot pada hari pertama dimulakan dengan kelas Google Classroom. Sempat menimba ilmu bersama pengasas laman web Pendidik Digital MY, Cikgu Yu Kok Hui dan pengasas Group Telegram Cikgu Get Certified (https://t.me/cgetcertified). Beliau dibantu oleh isterinya, mengajar para peserta tentang cara penggunaan Google Classroom dengan lebih terperinci.



Logo Group Telegram Cikgu Get Certified (https://t.me/cgetcertified)







Ini diikuti dengan slot kedua, iaitu sesi bersama SISC+ Sains dan Matematik PPD Kulai, Puan Hairunnisak Binti Alimun yang membincangkan tentang penggunaan laman web




Ucaptama daripada Tuan Haji Azman bin Adnan, Mantan Pengarah Pendidikan Negeri Johor yang bertajuk "Pendidikan Holistik : Mengoptimumkan dan Memaksimumkan Pendidikan Digital" dan seterusnya merasmikan Seminar CAFE 2019.







Majlis perasmian turut dihadiri oleh Puan Sallina Binti Hussain, Timbalan Pengarah Pendidikan (Pembelajaran) Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Encik Azizan Bin A.Razak, Ketua Penolong Pengarah BTPN Johor.










































Barisan Guru Adiwira ICT Johor bergambar kenangan bersama-sama Tuan Haji Azman bin Adnan, Mantan Pengarah Pendidikan Negeri Johor.



Encik Herryan Syah Bin Tupan@Surian (SISC+ Bahasa Inggeris daripada PPD Kulai). Beliau merupakan admin laman web https://www.mudahmengajar.com dan merupakan salah seorang Guru Adiwira ICT Johor.



Bengkel pertama belajar mengenai Ms Powerpoint.




Slot "Power Up Graphic" disampaikan oleh Cikgu Halizah Ahmad.



Bergambar kenangan bersama Edufluencer Cikgu Halizah Ahmad, Guru Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Kota Tinggi. Beliau juga merupakan pemilik blog http://cikgulizpendidikankhas.blogspot.com .

Bertuah mengenali beliau yang cukup peramah dan nak dijadikan cerita rupa-rupanya kami mengenali teman yang sama sewaktu zaman sekolah. Siapa sangka kan, circle of friend kami orang yang sama. 



Sempat berkenalan dengan guru Pendidikan Khas daripada SM Pendidikan Khas Indahpura Kulai, Cikgu Hemarani.

Hari kedua





Slot hari kedua sekali lagi bersama Cikgu Yu Kok Hui untuk mendalami penggunaan Google Classroom.



Pada hari kedua Seminar CAFE 2019, sesi dimulakan dengan ucapan daripada Dr Wagheeh Shukry bin Hassan, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pelantar Pembelajaran, Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, KPM. 




Sempat merakam foto kenangan bersama selebriti Portal Digital Learning, Kementerian Pendidikan Malaysia, Dr Wagheeh Shukry bin Hassan, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pelantar Pembelajaran, Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, KPM. 




Gembira dapat bertemu salah seorang rakan blogger pendidikan iaitu Cikgu Raihan Jalaludin pemilik blog https://www.raihanjalaludin.com. Beliau juga turut menulis coretan semasa menghadiri Seminar CAFE 2019 ini. Lihat entri beliau di




Pada slot sebelah petang, berkesempatan masuk ke kelas Cikgu Adnin untuk mempelajari tentang Googlesheet.



Ini diikuti dengan slot kedua, gabungan Cikgu Fadzli Ishak dan Cikgu Arif Zakwan.
Sesi dimulakan dengan pengenalan tentang Wakelet dengan Cikgu Fadzli Ishak dan kelebihan menggunakan Wakelet dalam pengajaran dan pembelajaran.

Untuk info lanjut mengenai Wakelet boleh klik link berikut :



Anda boleh layari Youtube di atas tentang cara menggunakan Wakelet dalam PdPc.



Berjaya hasilkan akaun Wakelet di alamat berikut :









Slot seterusnya disambung oleh Cikgu Arif Zakwan daripada MRSM Johor Bahru yang memperkenalkan tentang Flipgrid dan cara penggunaannya dalam PdP.



Anda boleh layari Youtube di atas tentang cara menggunakan Flipgrid dalam PdPc.




Berkenalan dengan guru serba boleh dan tidak lokek ilmu, Cikgu El Gamillo. Beliau merupakan pemilik blog https://www.cikguel.com dan Channel Youtube Cikgu Ell Gamillo
[URL Channel Cikgu El Gamillo: 





Bertuah mengenali insan-insan hebat ini Cikgu Fazilah Misri dan Cikgu Kiew Hui Yee.


Bergambar kenangan di hari akhir seminar bersama barisan orang kuat di belakang tabir : Cikgu Mohd Hairil Fitri bin Ja'afar, Ketua Unit Pembestarian Sekolah BTPN Johor, Cikgu Adnin, Cikgu Afiqah, Cikgu Arif  dan penceramah Cikgu Halizah Ahmad (Top 10 PAK21), Cikgu Fadzli Ishak (Pemilik akaun https://wakelet.com/@Fadzli_Ishak) , Cikgu Hairunnisak serta Cikgu Siti Nabilah Kasdi (Pemilik blog https://cikgubella.com/)




Sempat berkenalan dengan guru daripada Pasir Gudang, Cikgu Fazillah Abdullah dan rakannya.


Hadiah-hadiah cabutan bertuah buat semua peserta yang hadir.





Alhamdulillah sempat memperolehi 3 cenderahati sepanjang menghadiri seminar yang cukup bermakna ini dan penuh dengan aura positif. 

Ternyata banyak sangat ilmu yang diperolehi sepanjang dua hari berkampung di BTPNJ disamping dapat merapatkan silaturahim sesama rakan guru daripada serata negeri.

Buat para pendidik yang lain, anda juga boleh mendapatkan info berkenaan ICT dan info untuk menghadiri program-program seumpama ini di laman facebook GEG Johor 


Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada barisan penganjur, KPM, JPNJ dan BTPN Johor di atas penganjuran seminar CAFE 2019.
Diharap agar program seumpama ini akan diteruskan pada masa yang akan datang.



Terima kasih buat semua pengunjung blog ini kerana sudi membaca catatan perkongsian ilmu ini.



Berikut adalah perkongsian video-video sepanjang 2 hari Seminar CAFE 2019 oleh Cikgu Faruze [pemilik blog http://cikgufaruze.com ] dan Cikgu El Gamillo [pemilik blog https://www.cikguel.com]


VIDEO SOROTAN JOHOR CLASSROOM AND APPS FOR EDUCATION SUMMIT (CAFE) 2019












URL Channel Cikgu El : https://www.youtube.com/channel/UCroUniDziZv7p_SMHbnNCsw



*********************************************************************



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog ini.

Saya ingin memohon jasa baik semua pengunjung untuk subscribe Channel Youtube Cikgu Diana bagi memenuhi tugasan saya di dalam Akademi Youtuber.

Terima kasih atas sokongan anda.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang

 
 
Blogger Templates