Wednesday, November 21, 2018

Majlis Penyampaian Hadiah #muhibah – Pertandingan Video Pendek Utusan Malaysia/Utusan Online (Pemenang Januari 2018)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pengunjung blog ini.

Saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi pengalaman semasa menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah #muhibah – Pertandingan Video Pendek
anjuran Utusan Malaysia/Utusan Online. Kumpulan Weirdos daripada SMK Taman Desa Skudai, Johor Bahru  telah dinobatkan sebagai salah sebuah sekolah  yang menjadi Pemenang Januari 2018.

Majlis penyampaian hadiah tersebut telah diadakan pada 27 Mac 2018 (Selasa) jam 10.00 pagi bertempat di Pejabat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.


Kami singgah sarapan di RNR Ayer Keroh.



Ketibaan dif kehormat Yang Berbahagia Tan Sri Lee Lam Thye




Sesi pendaftaran




Ucapan oleh Pengarah Urusan Orando Holdings Sdn. Bhd., 
Datuk Dr. Eng Wei Chun.





Nama/ Nama Kumpulan  : Kumpulan WEIRDOS

1. Pravin Raj A/L Muralitharan 
2. Che Nazmi Bin Che Rahim 
3. Nessakant Naidu A/L S.K.Kumaraguru 
4. Hayagreeva Ram A/L Ragupathy 
5. Srihari Naidu A/L Venkatash
6. Wan Muhammad Naim Bin Mad Rais 






Ahli-ahli Kumpulan WEIRDOS bersama PK HEM SMK Taman Desa Skudai. Puan Hjh Hasmah Binti Ibrahim dan guru pembimbing, Puan Nordiana Ahmad bergambar kenangan bersama barisan VIP.




Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Alias Samsudin menyampaikan plak hadiah kepada pemenang utama dari SMK Taman Desa, Skudai, Johor diiringi oleh Pengarah Urusan Orando Holdings Sdn Bhd, Datuk Dr Eng Wei Chun, Aktivis Sosial, Tan Sri Datuk Seri Lee Lam Thye dan Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah ketika Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Video Pendek Utusan Malaysia / Utusan Online #Muhibah di Ibu Pejabat Utusan Malaysia di sini hari in



© Utusan Melayu (M) Bhd 



Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak, Pengarah Urusan Kumpulan Utusan Melayu (M) Berhad, Datuk Mohd. Noordin Abbas, Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Alias Samsudin, Pengarah Urusan Orando Holdings Sdn Bhd, Datuk Dr. Eng Wei Chun, Aktivis Sosial, Tan Sri Lee Lam Thye, Wakil Yayasan Noah, Rozia Hanis Hussein, Penolong Ketua Pengarang II, Datuk Hassan Mohd. Noor dan Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah bergambar bersama para pemenang pertandingan Video Pendek Utusan Malaysia/ Utusan Online #Muhibah yang terdiri daripada pelajar SMK Mutiara Rini, Skudai, Johor; SMK Muara Tuang, Kota Samarahan, Sarawak; SMK Taman Desa Skudai, Johor dan SMK Bandar Baru Uda, Johor Bahru di Ibu Pejabat Utusan Melayu di Kuala Lumpur hari ini. (27 Mac 2018)


Kredit gambar dan berita penuh anda perlu klik pada link berikut :



Para pemenang Video Pendek #muhibah Utusan Malaysia dan Utusan Online bersama (berdiri, dari kanan) Zulkefli Hamzah, Mohd. Hassan Mohd. Noor, Rozia Hanis Hussein, Lee Lam Thye, Eng Wei Chun, Alias Samsudin, Mohd. Noordin Abbas dan Abdul Aziz Ishak dalam majlis penyampaian hadiah di Ibu Pejabat Utusan Melayu, Kuala Lumpur, semalam. (27 Mac 2018)




© Utusan Melayu (M) Bhd 





Kami turut dibawa oleh pihak pengurusan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad untuk meninjau perjalanan bilik berita dan para pelajar berpeluang merasai sendiri pengalaman menjadi pembaca berita.


Bergambar kenangan dengan Dato' Borhan Bos KOSMO dan En Ainol Amriz, Pengurus Jabatan Pengarang UTUSAN Melayu (M)Bhd 







Iklan pertandingan #muhibah – Pertandingan Video Pendek
anjuran Utusan Malaysia/Utusan Online ini masih lagi berlangsung untuk bulan November dan Disember 2018.

Bagi anak-anak yang mempunyai bakat mengedit video pendek, anda bolehlah menyertainya kerana peluang masih terbuka.



Keratan akhbar kenangan sepanjang berlangsung Majlis Penyampaian Hadiah  #muhibah – Pertandingan Video Pendek  Utusan Malaysia/Utusan Online (Pemenang Januari 2018)








 Inilah video yang telah dinilai oleh para juri untuk dinobatkan sebagai salah sebuah sekolah yang menjadi Pemenang Bulan Januari.



Sinopsis:
Muhibah! Perkataan ini mempunyai banyak maksud, tetapi erti yang paling penting ialah persahabatan! Video ini adalah sebagai suatu medium bagi kumpulan kami untuk menjelaskan tentang persahabatan sejati, terutamanya dalam negara yang berbilang kaum seperti Malaysia.Oleh itu,amalkanlah amalan muhibah tanpa mementingkan status, latar belakang, bangsa atau kaum! Marilah kita bersama-sama menyebarkan amalan ini ke seluruh negara."Cinta disebar, melalui muhibah!" #Muhibah #Weirdos



PELAKON-PELAKON : Pravin Raj Aaron Tan Wan Muhd Naim Hayagreeva Ram Che Nazmi Nessakant Naidu PENYUNTING & JURU KAMERA : Srihari Naidu PENGARAH & PENULIS SKRIP : Pravin Raj



Ternyata ini merupakan satu pengalaman buat cikgu sepanjang berkhidmat di SMKTDS.
Tahniah diucapkan kepada anak-anak SMKTDS kerana mencapai kejayaan dan telah mengharumkan nama sekolah.



*******************************************************************************************************



Klik link berikut untuk menjawab soalan google form yang dibina hasil kolaborasi guru-guru Sains Malaysia



**********  Analisis Kertas 2 Soalan Esei No 10 ********









      *****  SET ULANGKAJI BAB 1 TINGKATAN 5 *****


Selamat mengulangkaji pelajaran.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang

 
 
Blogger Templates