Showing posts with label Bengkel Teknik Menjawab. Show all posts
Showing posts with label Bengkel Teknik Menjawab. Show all posts

Sunday, February 28, 2021

Slot Road to Success DidikTV KPM Subjek Sains SPM

Slot Road to Success DidikTV KPM 

Sebagai persediaan untuk menduduki kertas SPM Subjek Sains, murid-murid boleh menonton video-video berikut : 


1) Pecutan Akhir Sains SPM - Cikgu Mohd Raimi daripada SMK Durian Tunggal Melaka

https://youtu.be/WMsYtrGTjzw


2) Sains Kertas 1  - Cikgu Ahmad Roslan daripada SMK Seksyen 18 Shah Alam 

https://youtu.be/a6As76bpLg0


3) Sains Kertas 2 - Cikgu Siti Aishah daripada SMK Subang Utama

https://youtu.be/ky45ElLl9uc


Kredit Channel Youtube DidikTV KPM


Untuk Latih Tubi Soalan Kertas 1, anda boleh klik pada link berikut untuk menjawab soalan google form yang dibina hasil kolaborasi guru-guru Sains Malaysia

***** SET SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SAINS SPM KERTAS 1 2020 (GOOGLE FORM) - TERKINI *****


***** SET SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SAINS SPM KERTAS 1 2019 (GOOGLE FORM) - TERKINI *****


***** SET SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SAINS SPM KERTAS 1 2018 (GOOGLE FORM) - TERKINI *****

**********  Analisis Kertas 2 Soalan Esei No 10 ********

***** SET SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SAINS SPM KERTAS 1 2017 DAN SOALAN SPM SEBENAR KERTAS 1 (TAHUN-TAHUN LEPAS) (GOOGLE FORM) - TERKINI *****

***** TIPS MENGHAFAL SAINS (TERKINI)!!! ******


**** SET SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SAINS SPM KERTAS 1 2011-2016 (GOOGLEFORM) ****


**** SET SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SAINS SPM KERTAS 1 2016 (GOOGLE FORM) ****

**** TIPS MENJAWAB KERTAS 2 ***

      *****  SET ULANGKAJI BAB 1 TINGKATAN 5 *****


Selamat mengulangkaji pelajaran.


Friday, June 5, 2020

Bengkel Teknik Menjawab Sains Teras SPM Bersama Guru Cemerlang, Tuan Hj Hamzah (20 Julai 2019)



Nama Program : Bengkel Teknik Menjawab Sains Teras SPM Bersama Guru Cemerlang, Tuan Hj Hamzah 
Tarikh : 20 Julai 2019 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan Perdana PIBG, SMK Bandar Baru Uda, Johor Bahru
Penganjur : Panitia Sains SMK Bandar Baru Uda, Johor Bahru


Mengimbau sekali lagi dengan program tahun lepas di mana berpeluang berguru sekali dengan guru hebat iaitu Tuan Haji Hamzah Bin Othman. Terima kasih di atas jemput Cikgu Nurulhasanah daripada SMK Bandar Baru Uda kerana telah sudi menjemput Cikgu Diana bersama 5 orang anak murid daripada kelas 5UKM 2019 untuk menghadiri Bengkel Teknik Menjawab Sains Teras SPM. 

Bengkel ini telah diadakan di Dewan Perdana PIBG SMK Bandar Baru Uda. Penceramah kali merupakan seorang guru Sains yang cukup berpengalaman berasal daripada negeri Terengganu iaitu Tuan Haji Hamzah Bin Othman. Untuk pengetahuan semua, Tuan Hj Hamzah telahpun bersara daripada perkhidmatan awam namun beliau masih aktif menyampaikan ceramah PT3 dan SPM dan menyebarkan ilmu di merata sekolah seluruh Malaysia.






Inilah Modul AYAM-T yang digunakan sepanjang bengkel. 
Modul ini ditulis sendiri oleh Tuan Haji Hamzah Bin Othman.




Bengkel dimulakan dengan bacaan doa.


Sesi menjawab soalan kuiz.









4 orang wakil daripada SMK Taman Desa Skudai.



 Guru idola yang tidak lokek berkongsi ilmu kepada kami dan memberi



4 orang calon SPM kelas 5UKM 2019 bergambar kenangan bersama penceramah, 
Tuan Haji Hamzah Bin Othman.



Cenderahati daripada pihak penganjur disampaikan kepada penceramah.



Besar jasa Cikgu Nurulhasanah kerana sudi menjemput wakil sekolah kami.



Bergambar kenangan bersama teman sejawat, Cikgu Zaleha daripada SMK Dato Jaafar dan 
Tuan Hj Hamzah




Pembakar semangat buat calon-calon SPM yang hadir.




Calon-calon SPM yang majoritinya daripada SMK Bandar Baru Uda (penganjur program) dan 4 orang wakil daripada sekolah jemputan iaitu SMK Taman Desa Skudai dan SMK Dato Jaafar.



*********************************************************************



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog ini.

Saya ingin memohon jasa baik semua pengunjung untuk subscribe Channel Youtube Cikgu Diana bagi memenuhi tugasan saya di dalam Akademi Youtuber.

Terima kasih atas sokongan anda.





Wednesday, April 8, 2020

Video-video Kemahiran Proses Sains


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Diharapkan semua pengunjung blog ini dan anak-anak murid cikgu sihat..

Jom tonton video-video daripada Guru Cemerlang Sains, Cikgu Nurul Hizan untuk memantapkan Kemahiran Proses Sains.

Klik pada link di bawah : 😀👇🏻

1) Teknik Pantas 30 minit Mahir KPS Sains
https://www.youtube.com/watch?v=O1xhy94SGxo

2) Mahir KPS SPM SAINS
https://www.youtube.com/watch?v=DBGfu2LKjUc

3) Jom Mahir KPS😍😍
https://www.youtube.com/watch?v=4OuXInKsg8k

Kredit Channel Youtube Cikgu Nurul Hizan

URL Channel Youtube : https://www.youtube.com/channel/UC76zNF_wqmc-DhzooGp1b9A

Tuesday, December 31, 2013

Science - FREE SPM Seminar 2013

 
Kredit : EduNation Malaysia Channel (Akaun Youtube)
 
 
The Science portion of our Free SPM Seminar 2013. Hope this helps guys.

The soft copy notes can be downloaded HERE:
https://docs.google.com/file/d/0B_HUQ8Q1r6QYbXVEc1JBTEFNY2c/edit

Special thanks to Ms. Chui Mei who so happily wanted to help out in this FREE SPM seminar. She really does have a heart of gold
 
 
 
Untuk muat turun nota, klik di link berikut :
 
https://docs.google.com/file/d/0B_HUQ8Q1r6QYbXVEc1JBTEFNY2c/edit
 
[Entri berjadual]
 

Tuesday, November 12, 2013

Bengkel Teknik Menjawab Sains SPM 2013

 
Bengkel Teknik Menjawab Sains SPM
Tempat : Makmal Bahasa, SMK Taman Desa Skudai
Masa : 2.00 - 4.00 petang
Penceramah : Encik Mohd Khairul Jamaludin
Jumlah pelajar yang hadir : 65 orang (terdiri daripada pelajar kelas 5UKM, 5UPM, 5UIAM, 5UM, 5UITM, 5UPSI dan 5USM)
 
 






 
Semoga semua anak didik cikgu yang akan menduduki  Kertas Sains SPM (Kod : 1511) pada 25 November 2013 (Isnin)  dapat menjawab dengan baik dan dipermudahkan.
Doa mengiringi anda semua.
Good Luck!

Sunday, August 12, 2012

Bengkel Teknik Menjawab Sains SPM 2012

Tarikh : 8 Ogos 2012 (Rabu)

Masa : 1.00 - 3.00 petang
Tempat : Makmal Bahasa

Kehadiran : 52 orang pelajar dari kelas 5UKM, 5UPM, 5UIAM, 5UM, 5UITM dan 5UPSI

Penceramah : Encik Mohd Khairul Jamaludin (SMK Taman Tun Aminah)



Encik Mohd Khairul Jamaludin menyampaikan ceramah dan memperkenalkan diri kepada para pelajar yang hadir pada petang itu.







Pelajar-pelajar yang hadir pada petang 8 Ogos 2012.



Pelajar-pelajar Tingkatan 5 yang mengambil subjek Sains tekun membuat latihan di dalam kertas edaran yang diberi ketika bengkel diadakan.




Sesi soal jawab dengan pelajar.


Bimbingan khusus oleh penceramah, Encik Mohd Khairul kepada pelajar yang menghadapi masalah ketika menjawab soalan kertas 2.

 






Bahan-bahan slaid daripada penceramah.



Bahan-bahan slaid daripada penceramah.



Sunday, September 11, 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang

 
 
Blogger Templates