Sunday, December 6, 2020

WEBINAR DELIMa #12 : PDPC DAN PDPR MENGGUNAKAN CANVA

 



Tarikh : 2 DISEMBER 2020 (RABU)

Masa : 2.30 P.M - 3.30 PM (GMT+8) 

Tempat : YOUTUBE CHANNEL CIKGOOTUBE JOHOR


Penceramah Jemputan :

CIKGU NORDIANA BINTI AHMAD

SMK TAMAN DESA SKUDAI, J. BAHRU

» THE KAHOOT! CERTIFIED FOR SCHOOLS BRONZE & SILVER COURSE


Moderator: 

CIKGU SURIATI BINTI NASIR

SMK DATO ABDUL RAHMAN YASSIN,  J. BAHRU

» DUTA GURU YAYASAN PETRONAS


Pautan Webinar : https://youtu.be/vZy_EyZ8V-E


Anjuran Sektor Pembelajaran dan  Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, JPN Johor (@sstpjpnjohor)  dengan kerjasama Pasukan Cikgootube Johor (@jdtcikgootube).


Jangan lupa SUBSCRIBE dan LIKE Youtube Channel Cikgootube Johor (www.youtube.com/channel/UC7emXaM5yNcNC6sqNNCqSaQ/) sebagai tanda sokongan anda kepada kami. Terima kasih.


Slaid Pembentangan Presenter : http://gg.gg/nc757


Catatan :






Ke udara dari Studio Greenscreen SK Taman Bukit Indah Johor Bahru



Guru-guru yang membantu dari segi teknikal. Terima kasih Cikgu Syafiqah Nabilah, Cikgu Ashadi dan Cikgu Fadzli Ishak atas jasa dan bantuan yang dihulurkan.




Merakam momen sebaik sahaja tamat webinar





Di sebalik tabir webinar DELIMa tempoh hari.

Terima kasih diucapkan kepada pihak Sektor Pembelajaran dan  Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, JPN Johor dengan Pasukan Cikgootube Johor di atas peluang yang diberi untuk menjadi pembentang webinar kali ke-12. Pengalaman pertama ke udara secara "live" dari Studio SK Taman Bukit Indah Johor sememangnya tidak akan dapat saya lupakan. 

Terima kasih juga diucapkan kepada Encik Mohd Faruze Bin Iberahim (Penolong Pengarah SSTP JPN Johor) , Cikgu Fadzli Ishak, Cikgu Ashadi dan Cikgu Syafiqah Nabilah atas kepercayaan, sokongan, bantuan dan tunjuk ajar yang diberikan. InsyaAllah saya akan cuba memperbaiki kekurangan sepanjang perkongsian. Semoga perkongsian ilmu ini akan dapat memberi manfaat untuk semua guru di Malaysia.



Saturday, November 28, 2020

SET SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SAINS SPM KERTAS 1 2020 (GOOGLE FORM)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Berikut adalah
 set soalan Kertas 1 bagi Peperiksaan Percubaan Subjek Sains SPM  negeri-negeri bagi tahun 2020 (TERKINI) :

 

Projek 2020 diteruskan dengan kerjasama guru-guru Sains 1 Malaysia.

Berikut adalah senarai Google form Peperiksaan Percubaan Negeri-negeri :

1. Cikgu Wati Karolus - Set 1 (Johor-JB Sek A)

https://forms.gle/bvQkiy5dDgvmXhi59

2. Cikgu Ruzita - Set 2 (Selangor- Set 1)

http://gg.gg/sn2020set2

3. Cikgu Suhailah- Set 3 (Terengganu)

https://forms.gle/wHAXAC9WyrJpD8ap6

4. Cikgu Omelia - Set 4 (Johor- Batu Pahat)

http://gg.gg/TrialSet4

5. Cikgu Omelia - Set 5 (Johor-Pasir Gudang A)

http://gg.gg/TrialSet5

6. Cikgu Adilah - Set 6 (Johor-Pasir Gudang B)

https://forms.gle/Ft37piHXhg5TZSci8

7. Cikgu Nor Shasha Fazana - Set 7 (Serian, Sarawak)

https://forms.gle/XcM7Epphhr9CJLRr9

8. Cikgu Ruzita - Set 8 (Melaka)

http://gg.gg/Sn2020Set8

9. Cikgu Suhaina - Set 9 (Kulai,  Johor)

https://forms.gle/E8dNnv5qFwZRqTL56

10. Cikgu Noor Izzah - Set 10 (P.Pinang)

https://forms.gle/KpJP9BSnsm1vahfb8

11. Cikgu Wahyu - Set 11 (N9)

https://forms.gle/oQXa93LFRSbNHHes7

12. Cikgu Wati Karolus - Set 12 (Sarawak-Sek A)

https://forms.gle/aW8BNG89jPSUaXYJ9

13. Cikgu Shahrul Hafez - Set 13 (Perak- Sek A)

http://gg.gg/sn2020set13

14. Cikgu Frenysia - Set 14 (Sabah- Tambunan)

https://forms.gle/T2277VBc5qjDh6uc9

15. Cikgu Junainah - Set 15 (Johor-JB Sek B)

http://gg.gg/Trial-Set-15

16. Cikgu Suriati - Set 16 (Johor-JB Sek C)

https://forms.gle/KhqPtwTbZ5YjGCSLA

17. Cikgu Noraini - Set 17 (KL- Sek A)

https://forms.gle/zKiGKetyutkryPUu7

18. Cikgu Azlina Latif - Set 18 (Johor - Muar)

http://gg.gg/SET18-MUAR

19. Cikgu Samantha - Set 19 (Sabah-KK)

https://forms.gle/ihEuwDhTnxQXgRCE8

20. Cikgu Rosalmi Ayu - Set 20 (Johor- Kota Tinggi A)

https://forms.gle/eP6ufKkYbMkAv1JTA

21. Cikgu Aminah - Set 21 (Jerantut, Pahang)

https://forms.gle/kc44iR3V3HbjuAnKA

22. Cikgu Rogayah - Set 22 (Kelantan)

https://forms.gle/cgHhCa8SYt1rN5Zv5

23. Cikgu Liana - Set 23 (Perak- Sek B) 

http://gg.gg/TrialSet23

24. Cikgu Zarulhana - Set 24 (Johor-Kota Tinggi B)

https://forms.gle/TRN477mtGX29ahbG7

25. Cikgu Minah Selamat - Set 25 (Johor-Kota Tinggi C)

https://forms.gle/3cofCfWZHwC9MZnr7

26. Cikgu Sharifah Ros Aznira - Set 26 (Perlis)

https://forms.gle/HFCAuZNFf1bBXUyGA

27. Cikgu Nordiana - Set 27 (Kedah)

https://forms.gle/JZyprP9kaMLsiisV8

28. Cikgu Junainah - Set 28 (Kuching, Sarawak)

http://gg.gg/Trial-Set-28

29. Cikgu Rogayah - Set 29 (Johor-Segamat A)

https://forms.gle/5vzQKJ748VKVkiXt8

30. Cikgu Shahrul Hafez - Set 30 (Johor- Segamat B)

http://gg.gg/sn2020set30

31. Cikgu Aminah - Set 31 (Perak-Sek C)

https://forms.gle/BnXRv9aaUVKz888w5

32. Cikgu Wahyu - Set 32 (Johor-Maahad Johor)

https://forms.gle/ZrJ2vDQ4YJRFCVR98

33. Cikgu Junainah - Set 33 (Johor-Kluang A)

http://gg.gg/TrialSet33

34. Cikgu Sharizan - Set 34 (Johor-JB Sek D)

https://forms.gle/bcqpQC5ksdTtrJhc7

 

Pasukan Google Form 2020

1. Cikgu Nordiana Binti Ahmad (Ketua) dari SMK Taman Desa Skudai, Johor Bahru

2. Cikgu Mohd Shahrul Hafez Mokhatar dari SMK Balung, Tawau

3. Cikgu Suriati binti Nasir dari SMK Dato' Abdul Rahman Yassin, Johor Bahru

4. Cikgu Wahyu Akmal Binti Hussein dari SMK Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan

5. Cikgu Junainah Usup dari SMK Tun Fuad Stephens Kiulu, Tuaran, Sabah

6. Cikgu Suhailah Binti Nor Asim dari SMK Taman Universiti, Johor Bahru, Johor

7. Cikgu Frenysia Frencis dari SMK Tambunan, Tambunan, Sabah

8. Cikgu Omelia binti Ormawi dari SMK Yong Peng, Johor

9. Cikgu Noor Adilah binti Sahrir. SMK Sungai Ara, Pulau Pinang

10.Cikgu Mohd Sharizan Bin Ishak dari SMK Labu Besar, Kulim, Kedah

11. Cikgu Nor Shasha Fazana binti Panizan dari SMK Aminuddin Baki, Chemor, Pahang

12. Cikgu Sharifah Ros Aznira Syed Hamzah dari SMK Seri Bahagia Temerloh, Pahang

13. Cikgu Aminah Wasli dari SMK Sri Nangka, Tuaran, Sabah

14. Cikgu Samantha Chong Woon Cheng dari SMK Inanam, Sabah

15, Cikgu Rosalmi Ayu Binti Abdul Ghani dari SMK Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya, Selangor

16. Cikgu Rogayah Abd Manaf dari SMK Alam Damai, Kuala Lumpur

17. Cikgu Ruzita bt Junaidi dari SAMT Tengku Ampuan Rahimah, Sg Manggis,  Banting, Selangor

18. Cikgu Noraini Binti Ghaming dari SMK Mutiara Rini, Johor Bahru, Johor

19. Cikgu Nurazlina Bt Latif dari SMK Sentul Utama, Kuala Lumpur

20. Cikgu Suhaina Khalid dari SMK Senai, Johor

21. Cikgu Zarulhana Zulkifli dari SMK Bandar Baru Bangi, Bangi, Selangor

22. Cikgu Izzah dari SM Al-Itqan, Pulau Pinang

23. Cikgu Wati Karolus dari SMK Kabogan II, Semporna, Sabah

24. Cikgu Minah Binti Selamat dari SMK Air Tawar, Kota Tinggi, Johor.

25. Cikgu Liana Binti Hashim dari SMK Alang Iskandar, Perak

26. Cikgu Mohd Yusaini Bin Bakar dari SMK Kg Awah, Pahang

27. Cikgu Mohamad Diah Bin Arjan (Guru Cemerlang) dari SMK Kuala Kubu Bharu, Selangor

28. Cikgu Nur Sazila Binti Razak Guru Cemerlang) dari SMK Pangkal Kalong, Ketereh, Kelantan 

29. Cikgu Rosshuhaiza Binti Bahari (Guru Cemerlang) dari SMK Agama Baling, Kedah


 ***(Dikemaskini pada tarikh 28 November 2020, jam 3.15 petang)***



Klik link berikut untuk menjawab soalan google form yang dibina hasil kolaborasi guru-guru Sains Malaysia


***** SET SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SAINS SPM KERTAS 1 2019 (GOOGLE FORM) - TERKINI *****


***** SET SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SAINS SPM KERTAS 1 2018 (GOOGLE FORM) - TERKINI *****

**********  Analisis Kertas 2 Soalan Esei No 10 ********

***** SET SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SAINS SPM KERTAS 1 2017 DAN SOALAN SPM SEBENAR KERTAS 1 (TAHUN-TAHUN LEPAS) (GOOGLE FORM) - TERKINI *****

***** TIPS MENGHAFAL SAINS (TERKINI)!!! ******


**** SET SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SAINS SPM KERTAS 1 2011-2016 (GOOGLEFORM) ****


**** SET SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SAINS SPM KERTAS 1 2016 (GOOGLE FORM) ****

**** TIPS MENJAWAB KERTAS 2 ***

      *****  SET ULANGKAJI BAB 1 TINGKATAN 5 *****


Selamat mengulangkaji pelajaran.

Saturday, August 22, 2020

Koleksi eBook Nota Sains KSSM Tingkatan 4




Bab 1 (Versi 1)


Kredit Akaun Cikgu Mariah Sanagi


Bab 1 (Versi 2)


 


Kredit Akaun Cikgu Nor Azlina Binti Abdul Muttlib


Bab 2 (Versi 1)


Kredit Akaun Cikgu Mariah Sanagi


Bab 2 (Versi 2)


Kredit Akaun Cikgu Nor Azlina Binti Abdul Muttlib


Bab 3


Kredit Akaun Cikgu Mariah Sanagi



Bab 4


Kredit Akaun Cikgu Mariah Sanagi

Bab 5 (Versi 1)


Kredit Akaun Cikgu Mariah Sanagi


Bab 5 (Versi 2)


Kredit Akaun Cikgu Nor Azlina Binti Abdul Muttlib


Bab 6 (Versi 1)


Kredit Akaun Cikgu Nor Azlina Binti Abdul Muttlib

Bab 6 (Versi 2)



Kredit Akaun Cikgu Nor Azlina Binti Abdul Muttlib



Bab 8


Kredit Akaun Cikgu Mariah Sanagi



Bab 9


Kredit Akaun Cikgu Mariah Sanagi





Bab 10


Kredit Akaun Cikgu Mariah Sanagi



Bab 11


Kredit Akaun Cikgu Mariah Sanagi







Friday, July 10, 2020

Channel Youtube Cikgu Diana Ahmad




Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog ini.

Saya ingin memohon jasa baik semua pengunjung untuk subscribe Channel Youtube Cikgu Diana bagi memenuhi tugasan saya di dalam Akademi Youtuber.

Terima kasih atas sokongan anda.





Friday, June 5, 2020

Bengkel Teknik Menjawab Sains Teras SPM Bersama Guru Cemerlang, Tuan Hj Hamzah (20 Julai 2019)



Nama Program : Bengkel Teknik Menjawab Sains Teras SPM Bersama Guru Cemerlang, Tuan Hj Hamzah 
Tarikh : 20 Julai 2019 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan Perdana PIBG, SMK Bandar Baru Uda, Johor Bahru
Penganjur : Panitia Sains SMK Bandar Baru Uda, Johor Bahru


Mengimbau sekali lagi dengan program tahun lepas di mana berpeluang berguru sekali dengan guru hebat iaitu Tuan Haji Hamzah Bin Othman. Terima kasih di atas jemput Cikgu Nurulhasanah daripada SMK Bandar Baru Uda kerana telah sudi menjemput Cikgu Diana bersama 5 orang anak murid daripada kelas 5UKM 2019 untuk menghadiri Bengkel Teknik Menjawab Sains Teras SPM. 

Bengkel ini telah diadakan di Dewan Perdana PIBG SMK Bandar Baru Uda. Penceramah kali merupakan seorang guru Sains yang cukup berpengalaman berasal daripada negeri Terengganu iaitu Tuan Haji Hamzah Bin Othman. Untuk pengetahuan semua, Tuan Hj Hamzah telahpun bersara daripada perkhidmatan awam namun beliau masih aktif menyampaikan ceramah PT3 dan SPM dan menyebarkan ilmu di merata sekolah seluruh Malaysia.






Inilah Modul AYAM-T yang digunakan sepanjang bengkel. 
Modul ini ditulis sendiri oleh Tuan Haji Hamzah Bin Othman.




Bengkel dimulakan dengan bacaan doa.


Sesi menjawab soalan kuiz.









4 orang wakil daripada SMK Taman Desa Skudai.



 Guru idola yang tidak lokek berkongsi ilmu kepada kami dan memberi



4 orang calon SPM kelas 5UKM 2019 bergambar kenangan bersama penceramah, 
Tuan Haji Hamzah Bin Othman.



Cenderahati daripada pihak penganjur disampaikan kepada penceramah.



Besar jasa Cikgu Nurulhasanah kerana sudi menjemput wakil sekolah kami.



Bergambar kenangan bersama teman sejawat, Cikgu Zaleha daripada SMK Dato Jaafar dan 
Tuan Hj Hamzah




Pembakar semangat buat calon-calon SPM yang hadir.




Calon-calon SPM yang majoritinya daripada SMK Bandar Baru Uda (penganjur program) dan 4 orang wakil daripada sekolah jemputan iaitu SMK Taman Desa Skudai dan SMK Dato Jaafar.



*********************************************************************



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog ini.

Saya ingin memohon jasa baik semua pengunjung untuk subscribe Channel Youtube Cikgu Diana bagi memenuhi tugasan saya di dalam Akademi Youtuber.

Terima kasih atas sokongan anda.





Wednesday, June 3, 2020

Menimba Ilmu di Seminar "JOHOR CLASSROOM & APPS FOR EDUCATION (CAFE) 2019 SUMMIT"



Tempat : BTPN Johor 
Tarikh : 25 - 26 November 2019 (Isnin-Selasa)

Mengimbau kenangan pada tahun lepas di mana berkesempatan menimba ilmu di Seminar JOHOR CLASSROOM & APPS FOR EDUCATION (CAFE) 2019 SUMMIT. Seminar ini berkaitan Aplikasi Teknologi Pendidikan seperti Google Classroom, GSuite for Education, Wakelet dan Flipgrid telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada tarikh 25 dan 26 November 2019 di BTPN Johor. 

Sesuatu yang membanggakan ialah seminar ini bukan sahaja telah berjaya mengumpulkan guru-guru dari seluruh Malaysia, malah ada juga guru daripada negara jiran iaitu Singapura dan jumlah peserta dianggarkan lebih kurang 140 orang. 

Pada hari pertama, para peserta berpeluang mendengar ucaptama daripada Tuan Haji Azman bin Adnan, Mantan Pengarah Pendidikan Negeri Johor yang bertajuk "Pendidikan Holistik : Mengoptimumkan dan Memaksimumkan Pendidikan Digital".

Peserta yang hadir berpeluang mengikuti slot perkongsian ilmu yang telah disampaikan oleh barisan Adiwira ICT Johor seperti Google Certified Innovators, Trainer, Educator dan Microsoft Innovative Educator Experts dan ternyata peluang keemasan ini membolehkan para peserta mendalami aplikasi yang dapat membantu semasa proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) serta Pengurusan dan Pentadbiran (PdT). Sememangnya kesemua peserta yang hadir berpeluang memanfaatkan ilmu Teknologi Pendidikan dengan bimbingan daripada JU yang mahir dan terlatih.

Hari Pertama












Photobooth CAFE 2019



Sesi pendaftaran. Kebetulan rakan sejawat Cikgu Aishah turut hadir. Untuk pengetahuan semua, kami mendaftar secara berasingan dan sama sekali tidak menyangka akan bertemu di sini.








Slot pada hari pertama dimulakan dengan kelas Google Classroom. Sempat menimba ilmu bersama pengasas laman web Pendidik Digital MY, Cikgu Yu Kok Hui dan pengasas Group Telegram Cikgu Get Certified (https://t.me/cgetcertified). Beliau dibantu oleh isterinya, mengajar para peserta tentang cara penggunaan Google Classroom dengan lebih terperinci.



Logo Group Telegram Cikgu Get Certified (https://t.me/cgetcertified)







Ini diikuti dengan slot kedua, iaitu sesi bersama SISC+ Sains dan Matematik PPD Kulai, Puan Hairunnisak Binti Alimun yang membincangkan tentang penggunaan laman web




Ucaptama daripada Tuan Haji Azman bin Adnan, Mantan Pengarah Pendidikan Negeri Johor yang bertajuk "Pendidikan Holistik : Mengoptimumkan dan Memaksimumkan Pendidikan Digital" dan seterusnya merasmikan Seminar CAFE 2019.







Majlis perasmian turut dihadiri oleh Puan Sallina Binti Hussain, Timbalan Pengarah Pendidikan (Pembelajaran) Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Encik Azizan Bin A.Razak, Ketua Penolong Pengarah BTPN Johor.










































Barisan Guru Adiwira ICT Johor bergambar kenangan bersama-sama Tuan Haji Azman bin Adnan, Mantan Pengarah Pendidikan Negeri Johor.



Encik Herryan Syah Bin Tupan@Surian (SISC+ Bahasa Inggeris daripada PPD Kulai). Beliau merupakan admin laman web https://www.mudahmengajar.com dan merupakan salah seorang Guru Adiwira ICT Johor.



Bengkel pertama belajar mengenai Ms Powerpoint.




Slot "Power Up Graphic" disampaikan oleh Cikgu Halizah Ahmad.



Bergambar kenangan bersama Edufluencer Cikgu Halizah Ahmad, Guru Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Kota Tinggi. Beliau juga merupakan pemilik blog http://cikgulizpendidikankhas.blogspot.com .

Bertuah mengenali beliau yang cukup peramah dan nak dijadikan cerita rupa-rupanya kami mengenali teman yang sama sewaktu zaman sekolah. Siapa sangka kan, circle of friend kami orang yang sama. 



Sempat berkenalan dengan guru Pendidikan Khas daripada SM Pendidikan Khas Indahpura Kulai, Cikgu Hemarani.

Hari kedua





Slot hari kedua sekali lagi bersama Cikgu Yu Kok Hui untuk mendalami penggunaan Google Classroom.



Pada hari kedua Seminar CAFE 2019, sesi dimulakan dengan ucapan daripada Dr Wagheeh Shukry bin Hassan, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pelantar Pembelajaran, Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, KPM. 




Sempat merakam foto kenangan bersama selebriti Portal Digital Learning, Kementerian Pendidikan Malaysia, Dr Wagheeh Shukry bin Hassan, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pelantar Pembelajaran, Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, KPM. 




Gembira dapat bertemu salah seorang rakan blogger pendidikan iaitu Cikgu Raihan Jalaludin pemilik blog https://www.raihanjalaludin.com. Beliau juga turut menulis coretan semasa menghadiri Seminar CAFE 2019 ini. Lihat entri beliau di




Pada slot sebelah petang, berkesempatan masuk ke kelas Cikgu Adnin untuk mempelajari tentang Googlesheet.



Ini diikuti dengan slot kedua, gabungan Cikgu Fadzli Ishak dan Cikgu Arif Zakwan.
Sesi dimulakan dengan pengenalan tentang Wakelet dengan Cikgu Fadzli Ishak dan kelebihan menggunakan Wakelet dalam pengajaran dan pembelajaran.

Untuk info lanjut mengenai Wakelet boleh klik link berikut :



Anda boleh layari Youtube di atas tentang cara menggunakan Wakelet dalam PdPc.



Berjaya hasilkan akaun Wakelet di alamat berikut :









Slot seterusnya disambung oleh Cikgu Arif Zakwan daripada MRSM Johor Bahru yang memperkenalkan tentang Flipgrid dan cara penggunaannya dalam PdP.



Anda boleh layari Youtube di atas tentang cara menggunakan Flipgrid dalam PdPc.




Berkenalan dengan guru serba boleh dan tidak lokek ilmu, Cikgu El Gamillo. Beliau merupakan pemilik blog https://www.cikguel.com dan Channel Youtube Cikgu Ell Gamillo
[URL Channel Cikgu El Gamillo: 





Bertuah mengenali insan-insan hebat ini Cikgu Fazilah Misri dan Cikgu Kiew Hui Yee.


Bergambar kenangan di hari akhir seminar bersama barisan orang kuat di belakang tabir : Cikgu Mohd Hairil Fitri bin Ja'afar, Ketua Unit Pembestarian Sekolah BTPN Johor, Cikgu Adnin, Cikgu Afiqah, Cikgu Arif  dan penceramah Cikgu Halizah Ahmad (Top 10 PAK21), Cikgu Fadzli Ishak (Pemilik akaun https://wakelet.com/@Fadzli_Ishak) , Cikgu Hairunnisak serta Cikgu Siti Nabilah Kasdi (Pemilik blog https://cikgubella.com/)




Sempat berkenalan dengan guru daripada Pasir Gudang, Cikgu Fazillah Abdullah dan rakannya.


Hadiah-hadiah cabutan bertuah buat semua peserta yang hadir.





Alhamdulillah sempat memperolehi 3 cenderahati sepanjang menghadiri seminar yang cukup bermakna ini dan penuh dengan aura positif. 

Ternyata banyak sangat ilmu yang diperolehi sepanjang dua hari berkampung di BTPNJ disamping dapat merapatkan silaturahim sesama rakan guru daripada serata negeri.

Buat para pendidik yang lain, anda juga boleh mendapatkan info berkenaan ICT dan info untuk menghadiri program-program seumpama ini di laman facebook GEG Johor 


Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada barisan penganjur, KPM, JPNJ dan BTPN Johor di atas penganjuran seminar CAFE 2019.
Diharap agar program seumpama ini akan diteruskan pada masa yang akan datang.



Terima kasih buat semua pengunjung blog ini kerana sudi membaca catatan perkongsian ilmu ini.



Berikut adalah perkongsian video-video sepanjang 2 hari Seminar CAFE 2019 oleh Cikgu Faruze [pemilik blog http://cikgufaruze.com ] dan Cikgu El Gamillo [pemilik blog https://www.cikguel.com]


VIDEO SOROTAN JOHOR CLASSROOM AND APPS FOR EDUCATION SUMMIT (CAFE) 2019












URL Channel Cikgu El : https://www.youtube.com/channel/UCroUniDziZv7p_SMHbnNCsw



*********************************************************************



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog ini.

Saya ingin memohon jasa baik semua pengunjung untuk subscribe Channel Youtube Cikgu Diana bagi memenuhi tugasan saya di dalam Akademi Youtuber.

Terima kasih atas sokongan anda.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang

 
 
Blogger Templates