Form 5 - Chapter 2 .
Sunday, February 28, 2010
Selamat Mengulangkaji Pelajaran
Kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 SMK Taman Desa Skudai, Cikgu berharap anda semua dapat membuat ulangkaji untuk menghadapi Penilaian Kurikulum 1 yang akan bermula pada 8 hingga 10 Mac 2010. Cikgu berharap kesibukan untuk persiapan Kejohanan Olahraga pada 3 Mac 2010 nanti tidak akan mengganggu tumpuan anda semua.
Pastikan anda membaca semua nota dan latihan untuk Bab 1 & 2 di dalam Buku Kerja "Science Process Skill". Jangan malu untuk berjumpa Cikgu andai ada masa terluang dan jika tidak memahami topik tertentu. Cikgu sangat mengalu-alukan kehadiran kalian.
Selamat maju jaya & Selamat mengulangkaji pelajaran buat semua anak murid yang cikgu sayangi. Ingat "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan". Yakin anda boleh lakukan yang terbaik.









Pastikan anda membaca semua nota dan latihan untuk Bab 1 & 2 di dalam Buku Kerja "Science Process Skill". Jangan malu untuk berjumpa Cikgu andai ada masa terluang dan jika tidak memahami topik tertentu. Cikgu sangat mengalu-alukan kehadiran kalian.
Selamat maju jaya & Selamat mengulangkaji pelajaran buat semua anak murid yang cikgu sayangi. Ingat "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan". Yakin anda boleh lakukan yang terbaik.
Wednesday, January 27, 2010
20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT)
Berikut adalah sekolah-sekolah yang telah disenaraikan sebagai 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang menyaksikan pengetua dan guru besar diberi autonomi tambahan dalam pengurusan kurikulum, kewangan dan kakitangan. Sekolah Berasrama Penuh:
• Sekolah Tun Fatimah (Johor Bahru)
• Sekolah Dato’ Abdul Razak (Seremban)
• Kolej Melayu Kuala Kangsar
• Sekolah Seri Puteri (Cyberjaya)
• Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (Jitra)
• Kolej Tunku Kurshiah (Seremban)
• Kolej Islam Sultan Alam Shah (Klang)
• Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra (Perlis)
• Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya)
• SMS Muzaffar Syah (Melaka)
Sekolah Menengah Harian:
• Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman (Petaling Jaya)
• SMK Aminuddin Baki (Kuala Lumpur)
• SMK Sultanah Asma (Alor Setar)
• SMK (P) St George (Pulau Pinang)
Sekolah Rendah:
• Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara (KL)
• SK Taman Tun Dr Ismail 1 (Kuala Lumpur)
• SK Bukit Damansara (KL)
• SK Zainab (2) (Kota Bharu)
• SK Convent Kota (Taiping)
• SK Bandar Baru Uda 2 (Johor Bahru)
Sekolah diberi autonomi:
- Fleksibel dalam pengajaran dan pembelajaran serta silibus bagi subjek wajib dan elektif
- Boleh menggunakan bahasa pengantar bahasa kebangsaan atau pelbagai bahasa lain.
- Kelonggaran menetapkan waktu pengajaran minimum sesuatu mata pelajaran.
- Memanjangkan waktu persekolahan.
- Membenarkan tempoh persekolahan bagi pelajar cemerlang ditamatkan setahun lebih awal (seperti kelas lompat).
- Fleksibiliti untuk mengagihkan kewangan mengikut keperluan.
- Pengecualian daripada perolehan secara berpusat.
- Bajet tambahan antara RM500,000 hingga RM1 juta setahun.
- Mengambil staf berdasarkan prestasi pencapaian dan bukan kekananan.
- Boleh menyediakan bayaran kerja lebih masa dan ganjaran berdasarkan prestasi kepada semua staf.
- Boleh memindahkan staf jika prestasi kurang memuaskan.
- Pengagihan fungsi berdasarkan akademik dan bukan akademik.
Kriteria pemilihan SBT :
- Pencapaian akademik yang cemerlang.
- Melahirkan personaliti unggul.
- Merangkul anugerah kebangsaan dan antarabangsa.
- Mewujudkan jalinan dengan institusi pengajian tinggi.
- Mempunyai permuafakatan jitu dengan masyarakat serta jaringan kukuh dengan sekolah tempatan dan antarabangsa.
- Menjadi penanda aras kepada sekolah dalam dan luar negara.
Sumber ini dipetik dari : Berita Harian online.
Untuk membaca petikan berita, sila klik di sini.

Tahniah dan syabas kepada Kumpulan pertama Sekolah Berprestasi Tinggi.
Semoga semua sekolah ini menjadi “benchmark” untuk sekolah-sekolah lain di Malaysia.
Sunday, January 17, 2010
Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) Sekolah Menengah
Rancangan Pelajaran Tahunan RPT Sekolah Menengah
Bagi guru-guru Sekolah Menengah anda boleh melayari Laman web Bank Soalan Guru untuk mendapatkan Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) Sekolah Menengah.
Download RPT Sekolah Menengah
ATAU
Klik link ini RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN
Bagi guru-guru Sekolah Menengah anda boleh melayari Laman web Bank Soalan Guru untuk mendapatkan Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) Sekolah Menengah.
Download RPT Sekolah Menengah
ATAU
Klik link ini RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN
***** Klik link berikut untuk TIPS MENGHAFAL SAINS (TERKINI)!!! ******
Subscribe to:
Posts (Atom)






